Rabu, 7 Disember 2016

SUP AYAM KAMPUNG


Assalamualaikum..
Siapa suka makan sup? Tak kira la sup ayam ke, sup daging ke. sup tulang ke, sup ekor ke.. Sedappppp kan?? Hihii. Kita memang penggemar sup. Sup-sup yang kita sebut tadi tu semua kegemaran kita. 

Sup ayam kampung ni masak dah lama dah, masa hujan lebat, perut krukk krakk berbunyi-bunyi. Kihkih.. Ayam kampung masak sup.. Urmmmm manis sangat kuah dia. Bahan pun tak susah mana.

RESEPI : SUP AYAM KAMPUNG
OLAHAN : NAILY'S KITCHEN

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam kampung
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia *
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu kecil jintan*
  • 3 biji kentang dibelah 4
  • Sup bunjut tulang (sebab dalam tu dah siap rempah tumis)hihi
  • Garam
  • Air
  • Daun sup (untuk hiasan)
  • Bawang goreng (untuk hiasan)
CARA-CARA :

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar didalam periuk. Tambah 1 jug air. Agak-agak tenggelam ayam.Masukkan sekali sup bunjut tulang.
  3. Biarkan mendidih, kemudian masukkan pula ayam.
  4. Biarkan sehingga ayam empuk. Masak ayam kampung ni perlukan masa yang sedikit lama. Tak macam ayam daging, cepat hancur. Kalau air berkurangan boleh tambah lagi air. 
  5. Agak-agak ayam dah nak empuk tu masukkan sekali kentang yang telah dibelah 4. Masukkan sekali garam. Sesuaikan rasa.
  6. Bila kentang dah empuk, boleh tutup api.
  7. Masa menghidang boleh ditaburkan dengan daun sup dan bawang goreng.
TIPS BAWANG GORENG :

  • Kalau tak ada bawang goreng yang dah siap, kita boleh juga buat bawang goreng tumis darat. 
  • Caranya tumis bawang merah dan bawang putih yan telah dimayang halus sehingga keperangan. Kemudian masukkan je dalam periuk sup yang telah siap dimasak. Tu la namanya tumis darat.

Sup bunjut tulang yang memudahkan lagi proses masak. Ehee


 Hujan-hujan sedap makan sup. Tak hujan pun sedap juga kan..




SELAMAT MENCUBA :)








6 ulasan:

  1. trs rasa nk msk sup ayam kg jgk lah ptg nih...
    sedapnya... kuah dia je dh lemak sedap mmmmm...
    ko nih mmg rajin betul lah, hari2 cite psl masakan yg best2... klu aku ke laut je

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku & makanan berpisah tiada dana..kihkih
      kalau sebut bab masak dan makanan mata aku terus bercahaya..
      ni anak aku mengikut.. suka beno tgk rancangan masak..kalau tak tengok kartun tgk rancangan masak..hahaha

      Padam
  2. kalau snap pic tu boleh tak ..tak payah close up zoom mcmni??
    menderita napsu napsi2 i tgk tawwww.. menendang2 budak dalam perot ni..hahhahaa...
    budak ke badak ke tak tau laaaa..hahahhaa
    sedapp nyaaa awak!! minta rm10 bungkus ikat mati boleh??
    kang tumpah pulak kalau ikat tepi..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiba sana basi terus.. mati mak kena kecam nanti..kihkihkih :p

      Padam
  3. ayam kampong mmg sedap Naily buat apa pun
    sup pun ok gak letak rempah banyak2 wangi je kan
    tapi tu lah jrang pulak jumpa ayam kampong lah

    BalasPadam

AYAM GORENG KUNYIT