Isnin, 31 Oktober 2016

SOTO SEDAP YANG MEMANG SEDAP


Assalamualaikum..
Badan hari ni rasa lesu betul la. Demam dari hari tu kejap hilang kejap datang. Siap pakej dengan selsema dan batuk. Suara pun sengau semacam, mujur tak macam angsa.. haha

Tengok tak gambar kat atas tu? Fuhhh.. soto kan? Percaya tak kita makan soto ni kat kampung orang bunian??Haaaaaa?? Iye wak..kita tak tipu..hihii

Nama kampung tu Kg Sri Bunian. Terletak di daerah Pontian, Johor. Kedai makan ni warung biasa-biasa je. Warung kampung, tapiiiiiii jangan pandang sebelah mata tau .. Walaupun warung kampung je.. makanan dia.. MasyaAllah sedapnya..

Selain dari soto, nasi goreng kampung dia pun mabelesss..hihi
Mula-mula dulu dok dengar orang cakap sedap makan kat situ,tapi bila sendiri dah rasa..memang sedap sangat. Nampak je kuah dia macam cair kan? putih bening je.. Tapi rasa dia serba serbi cukup. Kita suka soto yang kuahnya cair. Tapi nak la yang rasa sedap.. Bukan rasa air masak. Haha..Letak pulak dengan sambal kicap..Ermmmm.. haha. Cukup lengkap rasanya. Hirup kuah soto yang panas-panas.. Dengan nasi impit yang lembut..Nyaman masuk tekak.. Haha ♥♥♥♥♥ 

Pada sesiapa yang ada pergi ke daerah Pontian.. boleh la cuba pergi ke Warung Soto Sri Bunian. Lupa nak ambil gambar warungnya. Orang Johor dan sambal kicap berpisah tiada.. Jom layan lagi satu gambar. Jadi laaaa..


Rabu, 19 Oktober 2016

SUP SAYUR & SARDIN. LAUK ASAL ADA JE NI..


Haha.. Ni la je menu malam Isnin lepas, 17.10.2016
Hari Isnin kan pasar tutup. Kat peti ais semua barang dah habis, korek punya korek jumpa la sayur kubis panjang, carrot sebatang dengan bunga kubis. Tu pun bunga kubis ada la besar penumbuk baby.. Kihkih. Jadi la tu kan. Boleh jugak buat sup sayur. Tambah jugak fishball.

Potong bawang merah, bawang putih sikit. Pastu tumis dengan sedikit minyak. Agak sedikit perang bawang tu masukkan air. Masukkan juga kiub ayam, kalau tak nak guna kiub ayam boleh jugak guna kiub ikan bilis. Biar mendidih. Masukkan carrot dulu, kan dia tu keras sket, biar dia lembut sikit baru la masukkan sayur-sayur lain. Masukkan sekali fishball.


Takkan la satu lauk je la kan? Melampau nauu.. Haha.. Terpandang tin sardin.. Urmmm.. Apa lagi buat sambal sardin pun best jugak ni. Tang tung tang tung siapppp.. Haha.. Sorry, Gambar sardin tak ambik, pasal perut dah lapOoo.. Lainkali kita share ek camna nak masak sardin.. Hahah.. Sardin je kot. Tapi kan kita masak sambal sardin ada dua versi tau. Satu yang macam sambal tumis tu, yang satu lagi kita main potong-potong je segala bawang, halia, lada cili tu. Korang plak macam mana masak sambal sardin? Yang penting goreng dulu sardin tu baru sedap. Pastikan masa goreng sarding tu, tutup pakai tudung periuk tau.. Ada kang meletop kat muka minyak tu.. Hahaha :D


Tengok.. Tu je sempat snap. Haha.. Lapo sangat masa ni. :p

RESEPI : SANTAI MINUM PETANG. POPIA SAYUR & LEPAT PISANG


Assalamualaikum semua..
Ni nak cerita tentang hari Sabtu lepas 15.10.16. Saje cuti tak ada buat apa.. tetiba bonda terCINTA cakap, kalau petang-petang ni makan popia sedap kan? hihii.. ayat dia.. Yelaa mak, jom kita jenguk kat peti ais ape sayur yang ada kita leh guna buat inti popia. Sekali tengok cuma ada tauge, carrot dengan daun bawang je. Nak keluar pegi kedai malas, hehe.. Ni pun boleh jugak jadi inti.. Kalau ada sengkuang mesti lagi sedap sebab krap krup je bila kunyah. Ok next time ye..

Kali ni guna rencah ikan bilis je. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis sambai lumat. Pastu tumis dengan sedikit minyak. Masuk segala sayur yang ada. Siap bab inti. Tunggu sejuk baru gulung dengan popia. Sedapppp bila makan tengah panas-panas.. Mengelupur bila masuk mulut.. Haha.. Tu laa..tunggu la sejuk sikit baru masuk mulut. Ni tak menyabor kan? mendapat la... :p


Haaaa.. Ni pulak permintaan anak dara kesayangan saya.. Dia tak suka popia, jadi dia suruh saya buat lepat pisang. Sebab dia tengok ada pisang kat dapur. Selamat la kat belakang rumah ada pokok pisang, boleh ambik daunnya.

Ni pun senang je membuatnya. Potong pisang kecil-kecil, masuk dalam blender bubuh santan , gula sikit, garam sikit, air sikit. Terrrrrrrrrr terrrrrrr.... Siap. Buh dalam mangkuk. Letak pula tepung gandum. Gaul agak-agak tak cair tu dah ok la tu.

Daun pisang lap dengan kain bersih, lepas tu layur kasi lembut daunnya. Mula la melepat. Hihii. Panaskan kukus dulu jangan lupa. Dah siap melepat masuk dalam kukus. Biar dalam 20 minit dah masak. Tengok daunnya pun dah berubah warna. Ni buat dalam saiz yang comel-comel je. Anak dara ni tak nak yang besar, tak cantik katanya.






Ni la dua menu minum petang untuk kesayangan-kesayangan saya. Menu yang cukup mudah untuk anda cuba.

SELAMAT MENCUBA :)




Selasa, 4 Oktober 2016

SAMBAL IKAN BILIS CILI API PETAI KOMPEM MELETOPPSS


Tadaaaa... saja nak tayang SAMBAL IKAN BILIS CILI API PETAI yang kompem masuk mulut meletop-letop rasanya. Hahaha. angkat bakul sendirik nampak. Ishh.. tak caya plak dia, pegi tanya pada yang dah rasa sambal homemade yang dimasak dengan penuh kasih sayang ni. Hihi.. Kalau nak keyakinan yang lebih tinggi boleh tanya Siti NurhalizaaaaCik Suzie ManisCik Echa Hot. Pegi tanya kalau tak caya.. Haha

Meh nak share proses pembikinan sambal ni ye.


Mula-mula tu nak tunggu sambal tu kering ya ampun.. dia punya merecik melenting-lenting. Haha sakit woo.. pijar kena percik lada lagi.. Masak dengan api yang perlahan agar sambal tu tak rentung. Hihi.
Agak dah kering sikit tu kita masuk pula ikan bilis. Nak sedap guna ikan bilis yang premium ok. Tengok, berkilat je ikan bilis tu. Bersinar-sinar. haha


Kita kacau dan terus kacau ye. Part ni memang tak boleh tinggal, kang hangus berkerak bawah dia. Biar dia kering sedikit.


Nampak tak PETAI ni? Segar kan? Mesti la.. Sambal Ikan Bilis Petai from Naily's Kitchen menggunakan petai yang segar ya, petai yang dikopek sendiri. Dan dipastikan semua petai-petai itu bebas dari ULAT.


Kita masukkan pula petai yang sedap lagi segar ni. Ya.. memang banyak saya letak. Takkan nak letak sikit je kan? Tak patut.



Kita kacau biar hingga sambal betul-betul kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum dipacking.
Terliur tak tengok? Hihihi.. Pada yang tak berkesempatan nak memasak, kami mudahkan cara. Apa kata korang semua pakat-pakat beli je senang. Macam-macam kegunaan boleh pakai. Buat perencah nasi goreng, buat rencah sayur goreng pon boleh.kangkung goreng belacan..Perghhh.. Pecahkan telur kat sambal ni, makan dengan nasi panas pun sedap. Yang tu boleh order tanpa petai, banyak kegunaannya.




Ni antara SAMBAL IKAN BILIS yang dijual ya. Anggaran berat dalam 300 gram sebekas.
Harga pula amat berpatutan dengan anggaran berat dan kualiti barang yang digunakan. Antaranya menggunakan Ikan Bilis Premium, Cili Padi Kampung yang segar. Bukan menggunakan cili siam. Berikut adalah senarai harga :

Sambal Ikan Bilis Biasa - RM 12
Sambal Ikan Bilis Petai - RM 14
Sambal Ikan Bilis Merah - RM 12

Berminat? sila hubungi / whatsapp di no :

012 768 8616



Nota Kaki : Pada yang tak tahan pedas tu, boleh request tak nak pedas sangat. ikut la skala kepedasan masing-masing ye.


CEPAT-CEPAT.. JOM LA BELI.. HAHA :D










Isnin, 3 Oktober 2016

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN MAYONG a.k.a IKAN JAHAN BERSAMA LADA HITAM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hari ni rasa nak share lagi satu resepi yang memang tak pernah jemu masak. ASAM PEDAS. Lawan la dengan ikan apa pun tetap sedap kalau kena gaya masaknya. Kalau tak cuci bersih ikan, memang hanyir la, silap-silap boleh loya tekak. 

Salah satu cara nak hilangkan hanyir ikan, masa cuci tu, basuhlah dengan limau kasturi. kalau tak ada cuci dengan asam jawa campur dengan garam sikit pun boleh juga. Nanti lendir-lendir pada ikan tu tanggal, lendir tu la yang menyebabkan hanyir. Ok, jom semua kita lihat apa bahan-bahan nak masak ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA LADA HITAM. 


BAHAN-BAHAN : 

  • Ikan mayong atau ada yang panggil ikan jahan.
  • 3 buku bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • seinci halia *
  • seinci kunyit hidup *
  • seinci belacan (optional) *
  • 4 senduk lada kisar (nak lebih pedas tambah lagi)
  • 1 sudu lada hitam hancur
  • garam
  • serbuk perasa (optional)
  • air asam jawa
  • daun kesum
  • sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA : 

  1.  Cuci bersih ikan dan tos.
  2. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  3. Panaskan periuk dan tuang minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Perghh bau dia..harummm..hihii
  4. Biarkan hingga agak garing / terbit minyak.
  5. Masukkan pula air asam jawa, kalau yang suka pekat jangan letak air banyak sangat. Kalau nak cair sedikit kuahnya boleh ditambah air.
  6. Biarkan hingga kuah mendidih, baru letak ikan, anggaran 1 sudu lada hitam, kalau tak suka, boleh letak sikit je. Masukkan sekali daun kesum. Daun kesum ni untuk menambah aroma asam pedas. Kalau tak ada macam tak ummphh la rasanya. Kalau ada bunga kantan pun boleh diletak sama. Fungsinya lebih kurang macam daun kesum juga, untuk menambah aroma.
  7. Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika, rasa masam, masin kuahnya cukup ke tidak. Kalau nak tambah masam, campakkan sekeping asam keping pun boleh juga.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.



Kalau masak kepala ikan mayong pon sedap juga. Mendapat pula ikan yang ada telur..Perghhh.. Tapi susah la kat sini nak dapat telur ikan mayong. Kalau ada pun kussemangat.. Mahalll nau. Makan pula dengan nasi panas, hirup kuah pula..slurpppp..haha. Hilang ayu. :D




 SELAMAT MENCUBA.. :)




AYAM GORENG KUNYIT