Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mei 2017

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSAMA ASAM TERUNG


Assalamualaikum.. Kembali bersiaran. Haha.. Lama betul tak menjengeh blog sendiri. Blog orang kemain hari-hari baca.. Yelaa banyak cerita menarik kan.

Korang pernah makan terung asam? Kalau orang kampung biasa la makan, tapi tak boleh nak cakap juga, ada je orang kampung yang tak pernah makan asam terung ni tau. Nak-nak budak-budak muda sekarang. Kalau fast food tu laju la. Tak baik untuk kesihatan la..

Meh nak tunjuk sikit macammana rupa pokok asam terung ni. ni pun ambil gambar dari en Google. Pokok yang kat rumah ni dah mati la pula kena tempias racun dek abah.. Haha


↑

↑

↑
Tu la rupa pokok asam terung. Pokoknya berduri sampai la kedaunnya pun berduri. Buahnya pula berbulu. Basuh bersih-bersih buang bulu dan kulitnya baru boleh dimasak atau dibuat sambal. Perghhhh... Sedap woiii.. Hahaha


Gambar ni pun cilok dari en Google.. Ni rupa setelah dicuci bersih dan dibelah dua.


Gambar ni diambil dari blog http://pusatbawangdayakq.blogspot.my .

Kali ni kita buat menu Sambal tumis Ikan Bilis bersama Asam terung. Jom kita tengok resepinya. Senang je nak buat sambal tumis ni. 

Bahan-bahan :

- 2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan
- 10 biji asam terung yang telah dicuci bersih, dikupas dan dibelah dua.
- 1/2 cawan air asam jawa
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa (optional)
- 2 senduk cili kisar
- 8 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 2 inci belacan*(*kisar halus)

Cara-cara :


  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perasa (jika suka). Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  • Masukkan asam terung, biarkan sehingga agak lembut kemudian masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Rasa dan jika ok boleh tutup api. 
  • Sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi panas pergghhhh


  • SELAMAT MENCUBA :)

    Isnin, 3 April 2017

    THANK YOU MY GREAT CUSTOMERS


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
    Terima Kasih yang tak terhingga pada pelanggan yang selalu & sudi beli aneka sambal dari Naily's Kitchen.. Hanya Allah yang mampu balas budi baik kalian. Meh nak jamu mata korang dengan gambar-gambar yang sedia ada.. Pada pelanggan baru jangan malu jangan segan, kalau nak beli meh laju-laju hubungi kita di no 012-7688616 


    :: SAMBAL IKAN BILIS CILI PADI a.k.a SAMBAL AIR MATA INSPIRED FROM SURAYA SULATIN ::




    :: SAMBAL HITAM PAHANG @ SAMBAL BELIMBING ::


    :: SAMBAL IKAN BAKAR ::

    :: TALAM BERLAUK, KHAS UTK ORANG -ORANG YANG BERDEKATAN KAWASAN PONTIAN ..HEHE ::


    Rabu, 18 Januari 2017

    SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG


    Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua..
    Korang pernah makan sotong kembang?Sedap tau kalau buat sambal. Ni nak share la resepi buat Sambal Tumis Sotong Kembang ni.. Meh kita tengok resepinya..

    Bahan-bahan :

    • 2 ekor sotong kembang (kurang lebih 500 g)
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • 2 cawan cili kisar
    • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
    • Minyak untuk menumis

    Bahan kisar halus :
    • 10 ulas bawang merah kecil
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 cm halia
    • 1 inci belacan

    Cara-cara :

    1. Sotong dipotong kecil, cuci bersih dan toskan.
    2. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik bau,kemudian masukkan pula cili kisar.Tumis hingga cili garing dan pecah minyak.
    3. Masukkan pula air asam jawa, garam, sedikit gula dan serbuk perasa. Masukkan sotong dan gaul hingga mesra. 
    4. Biarkan masak dalam 10 minit hingga jadi pekat kuahnya. Tapi jangan biarkan sampai kering tak berkuah.
    5. Matikan api, dan sedia untuk dihidang. 


    Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak.

    SELAMAT MENCUBA :)

     


    Selasa, 8 November 2016

    SAMBAL TUMIS UDANG MELETOPS


    Assalamualaikum semua..

    Gambar yang kat atas tu menu minggu lepas. Dapat  udang baru naik laut. Uishhhh memang manis la rasanya. Memang beza sangat rasa dengan udang yang kat pasar tu. Walaupun tak la besar sangat udang yang kita dapat ni, yang penting fresh.

    Bahan-bahan macam biasa la nak masak sambal tu. Kisar bawang, bawang putih, sikit belacan . Tumis bahan- bahan kisar. Masukkan pula cili kisar dalam 2 senduk. Ikut masing-masing punya pedas la. Tumis sampai garing lada dan bawang. Kemudian masukkan pula air asam jawa dalam suku cawan. Biar pekat. Dah pekat tu masukkan sedikit gula dan garam. Kemudian masukkan udang. Agak udang dah nak masak boleh masukkan bawang yang telah dihiris bulan separuh. Rasa dan matikan api. Sedia untuk dihidang.


    SELAMAT MENCUBA...


    AYAM GORENG KUNYIT