Memaparkan catatan dengan label Cucur bilis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cucur bilis. Papar semua catatan

Selasa, 15 Ogos 2017

CUCUR VIRAL / CUCUR BILIS GEBU GEBAS COMEY LOTE


Assalamualaikum wbt pembaca sekalian..
Hari kita nak cerita tentang cucur viral yang sibuk orang dok cakap sana sini..kiki
Semua benda nak diviralkan ek.. Rasanya cucur yang gebu gebas ni dah wujud zaman tok nenek moyang kita lagi kan. Kalau maktok kita hidup lagi mesti dia gelak .. Yelaa maktok, kita cucu-cucu ni baru nak hidup. Ada je yang baru nak kenal apa tu cucur, orang Johor panggil jemput-jemput, sebab bentuk dia sejemput je kan.
Yang viral tu cucur manis, yang ni kita buat cucur bilis. Sedap jugak. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 buku bawang merah (cincang dadu)
Sedikit ikan bilis (cuci bersih)
Sedikit daun sup (hiris halus)
Garam
Air panas menggelegak (yang dipanaskan sampai menggelegak,kalau guna air panas biasa kurang menjadi nanti)

Cara-cara:

  • Panaskan air dalam periuk, letak sedikit garam. Biar hingga menggelegak.
  • Masukkan tepung, ikan bilis, bawang yang dicincang, daun sup ke dalam bekas. Gaul biar sebati. Buat lubang ditengah-tengah.
  • Curah sedikit demi sedikit air panas yang menggelegak tadi. Kacau menggunakan sudu. jangan sesekali guna tangan, ada kang melecur jari-jari manis tu.
  • Gaul sebati,biarkan sedikit suam dan bolehlah dibulat-bulatkan. Kalau nak comel-comel bulatkan kecil sedikit, kalau nak cepat habis bulatkan besar sikit. Haha.. Kita buat dia kan.
  • Panaskan kuali dengan minyak, bila minyak dah panas bolehlah mula menggoreng cucur tadi. Agak kekuningan angkat dan tos.
  • Sedia untuk dimakan dengan sos kegemaran anda.



Tadaa... sedap oii makan masa hujan-hujan ni. Hihii

SELAMAT MENCUBA :)

Rabu, 9 November 2016

CUCUR BILIS a.k.a JEMPUT-JEMPUT KATA ORANG JOHOR


Assalamualaikum ...
Awak-awak dah sarapan semua? Ni pun sarapan minggu lepas punya.. Minggu lepas tengok kat instagram semua blogger-blogger masakan dok upload gambar segala macam cucur..aihhhh... mana boleh tahan. Merembes-rembes air liur dalam mulut bertakung. Kahkah :D

Tak fikir apa dah.. apa kata kita buat cucur yang paling senang. Cucur bilis campur bawang. Tapi ada orang tak suka bawang kan? Pada yang tak suka tu tak payah la letak. Kalau nak letak kentang pun boleh juga. Orang johor kebanyakkan tak panggil cucur. Kitorang panggil jemput-jemput. Ehee. Ye laa kan bentuk dia sejemput je. Tu yang dipanggil jemput-jemput. Agaknya la tu kot.


Tips untuk mendapatkan tekstur yang rangup diluar dan lembut di dalam iaitu menggunakan air suam. Jangan guna air panas atau air sejuk. Lagi satu untuk bancuhan anggaran 2 cawan tepung gandum tambahkan 1 sudu kecil baking powder. Itu yang buat dia gebu dan rangup. Senang kan? 

Bancuh air suam bersama sedikit garam. Masukkan 2 cawan tepung gandum dalam bekas. Campur dengan bawang yang telah dipotong dadu. Masukkan sedikit ikan bilis. Gaul rata, kemudian masukkan sesikit demi sedikit air suam tadi. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Boleh juga kalau nak tambah kentang dan daun sup. Lagi sedap rasanya. Lepas tu apa lagi.. panaskan minyak dan goreng sehingga perang. Bukan hangus ye. Hehe :p

Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama-sama sos cili. Kalau rajin boleh buat pencicah sendiri. Lagi sedap dari sos cili. Rendam dalam 4 tangkai cili kering yang telah dipotong dalam air panas. Bila dah lembut cili kering tu tumbuk sehingga lumat bersama dengan 2 ulas bawang putih. Letak garam dan gula sedikit. Tumbuk sampai lumat tau. Lepas tu letak sedikit air masak. Tadaaa.. Siap dah sos pencicah yang dibuat sendiri. Haaa.. Bangga tak pandai buat sos pencicah? Kikiki.

 Ni semua mak yang ajar. Sebenarnya kan apa saja dari air tangan seorang emak adalah yang terbaik. Mananya tak terbaik. Apa-apa disertakan dengan kasih sayang. Makan kat kedai termewah sekali pun tak akan dapat tandingi air tangan mak. Kita yang dah tua bangka pun kadang-kadang paksa mak kita suap kita makan.. Haha.. Nanti anak kita marah. Sibuk je dia tu.. Kahkahkah. Korang makan bersuap lagi tak macam saya????


SELAMAT MENCUBA... :)



AYAM GORENG KUNYIT