Ahad, 13 November 2016

IKAN SELAR GORENG MASAK KICAP


Assalamualaikum..
Hari ni kita share resepi yang agak senang sangat-sangat. Ni la resepi mudah khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja. Kita bekerja bukan alasan ye untuk tak nak memasak. Jangan malas-malas ye ibu-ibu. Sesekali tu tak apa la. Hehe .. Masak yang ringkas pun ok. 


Bahan-bahan :

1. Ikan selar yang telah digoreng (tahu kan nak goreng ikan?kiki)
2. Bawang holland (kalau tak ada guna je bawang besar). Hiris bulat.
3. Bawang putih 2 ulas (hiris).
4. Halia (hiris).
5. Cili besar (belah dua jangan putus).
6.Cili padi (hiris). Pada yang suka pedas boleh tambah, kalau taknak pun tak apa.
7. Kicap manis
8. Sedikit garam
9. Sedikit cuka ( kalau tak ada boleh ganti dengan asam keping).
10. Rempah tumis 

Cara Masak :

- Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah tumis sekejap. Lepas tu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

- Bila agak layu bahan yang ditumis tu, tuangkan kicap manis. Tambah sedikit air biar tak terlalu pekat. Biarkan mendidih.

- Masukkan juga sedikit cuka. Kalau tak ada boleh gantikan dengan asam keping. 

- Rasa. Kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tutup api. Sedia untuk dihidang.



Senang kan? Anak-anak mesti suka. Budak-budak kan tak suka pedas. Lauk ni sesuai la untuk budak. Kita yang dewasa pun suka. Hehe.

5 ulasan:

  1. mmg ringkas sedap pun iya jgk...

    ala ko nih sapa... bagi lah nama... berteka teki ngn aku lak

    mana ada kwn sekolah form 4 n 5 aku nama naily farhah.... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naily tu nama anak aku dana.. aku Idot a.k.a Izaida la.. :)

      Padam
  2. zaida? kite sekelas ke dulu? hahahhaa abislah aku dh hilang ingatan nih...
    bg la gambo skrg wei

    BalasPadam
  3. jumpa kwn sek dlm ni ye...hahah

    BalasPadam
  4. yg ni mmg mengancam iman, mmg suka msk kicap, ayam mask kicap, telo msk kicap..tp bapak kita anti betul dgn msk kicap..sggup tak mkan kahahakh

    BalasPadam