Rabu, 16 November 2016

SOTONG GORENG KUNYIT PASTI SEDAPPPP


Assalamualaikum ..
Tajuk kemain, nak sedap saje.. Haha. Iye la mana ada orang makan tak nak sedap kan? Sotong goreng kunyit ni memang kegemaran anakanda kesayangan hamba. Kalau sotong masak sambal ke, tak dipandang dia.. Cerewet anak dara sorang ni. Makan memang memilih. Apa yang dia suka je dia makan. Tapi bukan yang susah-susah pun yang dia nak.. Ikan masin sepat dia punya kesukaan. Makan dengan nasi putih pun jadi. Tak payah kuah.

Resepi sotong goreng kunyit ni amat la mudah dan bahan-bahan tak perlu banyak sangat . Sotong perlu segar dan pastikan  tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia jadi liat. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan :

Sotong lebih kurang 1kg
3/4 camca besar serbuk kunyit
3 ulas bawang putih,hiris halus
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
Seinci halia, hiris
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Sotong dibersihkan, cuci dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan aesikit garam. Perap dalam 5 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga naik aromanya. Masukkan pula sotong yang telah ditoskan tadi. Besarkan api dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau rata.

3. Tambah garam secukup rasa, biarkan seketika. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedia dihidang bersama nasi panas. Fuhhhh.. Nikmat mana yang hendak didustakan??



Tengok sotong tu memang tak dihiris. Biarkan seketul-seketul sebab ada telur sesetengahnya. Tak semua yang bertelur. Nyummm sedappp.. :p


SELAMAT MENCUBA :)





2 ulasan:

  1. Alahaiii sedapnya sotong kunyit
    Apa lgi yg ada telor mmg terlajak laris ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehee..ye kaknoor.. yg ada telur tu la yg direbut.. :)

      Padam