Isnin, 26 September 2016

RESEPI : SUP SAYUR PETOLA BERSAMA TELUR


Assalamualaikum & Selamat tengahari semua.
Hari ni niat nak kongsi resepi mudah, sesuai untuk orang yang tak berapa nak sihat, sakit tekak, demam, tak berapa nak selera nak makan kan. Agak sesuai bila buat sup sayur ni. Hirup hangat-hangat rasa kat tekak. Masak sayur ni dah lama cuma tak berkesempatan je nak kongsi resepinya di sini.


Pada yang tak kenal rupa petola, ni la rupanya sayur PETOLA. hihi. Gambar ambil di Google. Ingat arwah nenek dulu, selalu masak sup petola. Ada juga yang panggil petola tumis air. Buat pula sambal belacan, memang lawan dia la. Bertambah-tambah makan nasi, dapat pula nasi panas. Memang menjadi. Haha :D
Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 2 biji petola
  • 1 biji bawang besar saiz kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
  • seikat kecil suhun (betul ke eja camtu?ke su'un? haha)cuci bersih dan rendam dalam air.
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (optional)
  • 3/4 biji telur
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Anggaran 4 cawan air (kalau nak banyak kuah tambah lagi airnya)


Cara-cara :

  1. Cuci bersih sayur yang telah siap dipotong, rendam dalam air dan ketepikan. Tujuan rendam dalam air ni biar petola ni jangan lebam. Kalau kita tos kering, nanti dia lebam. tak cantik pula rupa dia nanti.

Rupa setelah siap dipotong & direndam dalam air.

    2. Hiris bawang besar dan bawang putih.




   3. Panaskan sedikit minyak anggaran 2 sudu untuk menumis. Agak minyak dah panas, masukkan  bawang, bawang putih & ikan bilis.

   4. Agak layu dan garing bahan-bahan yang ditumis tu, masukkan pula 4 cawan air. Biarkan sampai  mendidih.

   5. Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur petola, biarkan agak layu / lembut baru pecahkan telur.  Kalau tak nak telur tu hancur masa masukkan dalam periuk, pecahkan dulu telur dalam piring,    kemudian tuang dalam senduk barulah dimasukkan dalam kuah tadi. Baru cantik kejadiannya. 

   6. Kemudian masukkan pula suhun yang telah direndam tadi. Masukkan sekali sedikit garam dan  serbuk perasa jika suka. Rasa, agak sesuai rasa garam tadi, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Sesuai juga dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan. Orang tak sakit pun selera jadinya. Hehe..


SELAMAT MENCUBA .. :)



          


1 ulasan:

  1. Thanks for the recipe! I'm living overseas but craving for this! Hopefully I can find the ingredients!

    BalasPadam