Ahad, 20 November 2016

MOON LOVERS : SCARLET HEART RYEO


Assalamualaikum semua..
Aihhhh.. hari ni malas nak cerita pasal masak-masak. Sebab dalam kepala otak ni asyik la teringat-ingat cerita kat atas ni. Serba serbi tak kena dibuatnya. Padahal cerita ni dah lama habis. Kihkih.. Teruk betul penangannya. Ni yang malas kalau terjebak dengan movie / drama / novel yang best. Boleh bikin hidup huru hara.

Jangan kecam kita ye.. Hahaha :D
Rasa macam kita la yang bercinta. Macam hilang separuh dari jiwa ni. Kadang tetiba boleh senyum sorang-sorang. Kadang pulak tu dok termenung jauh. Kan payah macam ni. Nak buat apa pun serba tak kena. Dalam kepala ni dok merewang je ntah kemana.


Wook cinta pertama. So cinta sampai mati. Aihhhh... Dah la ending tak best. Susah hati tau tak. Bila nak sambung lagi part 2??? Kasi la happy ending. Wook ni kan kalau senyum.. alahaiiiiiiiiiiiiiii ... Cair hati ni. Dah la lemah lembut, tapi So pulak sikap dia tegas. Sentiasa melindungi Soo. Kalau dah dia kata nak, nak la jugak. Dia tau apa yang dia mau. Tu la Wook, lambat sangat. Tunggu.. tunggu.. tunggu... Kan mampu tengok je. 


Sian Wook.. Kalau kita tak tau nak pilih yang mana. Dua-dua kita suka.. Hakhak. :p Dasar tamak. Tengok tu sian Wook... Sedih tau hati mikir cinta tak kesampaian ni. Separuh jiwaku pergi... Kahkah.
So.. Tu la ego ego sangat, sampai kesayangan awak mati pun awak tak dapat jumpa. T.T
Ishhhhh.. teruk betul sakit kali ni.. Mohon akal berfikir la secara waras. Tu drama je cik kak.. Kalau kita, kita tetap pilih So.. Sebab So sentiasa melindungi.. :p

Sekian, terima kasih.. T.T

Rabu, 16 November 2016

SOTONG GORENG KUNYIT PASTI SEDAPPPP


Assalamualaikum ..
Tajuk kemain, nak sedap saje.. Haha. Iye la mana ada orang makan tak nak sedap kan? Sotong goreng kunyit ni memang kegemaran anakanda kesayangan hamba. Kalau sotong masak sambal ke, tak dipandang dia.. Cerewet anak dara sorang ni. Makan memang memilih. Apa yang dia suka je dia makan. Tapi bukan yang susah-susah pun yang dia nak.. Ikan masin sepat dia punya kesukaan. Makan dengan nasi putih pun jadi. Tak payah kuah.

Resepi sotong goreng kunyit ni amat la mudah dan bahan-bahan tak perlu banyak sangat . Sotong perlu segar dan pastikan  tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia jadi liat. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan :

Sotong lebih kurang 1kg
3/4 camca besar serbuk kunyit
3 ulas bawang putih,hiris halus
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
Seinci halia, hiris
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Sotong dibersihkan, cuci dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan aesikit garam. Perap dalam 5 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga naik aromanya. Masukkan pula sotong yang telah ditoskan tadi. Besarkan api dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau rata.

3. Tambah garam secukup rasa, biarkan seketika. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedia dihidang bersama nasi panas. Fuhhhh.. Nikmat mana yang hendak didustakan??



Tengok sotong tu memang tak dihiris. Biarkan seketul-seketul sebab ada telur sesetengahnya. Tak semua yang bertelur. Nyummm sedappp.. :p


SELAMAT MENCUBA :)





Ahad, 13 November 2016

IKAN SELAR GORENG MASAK KICAP


Assalamualaikum..
Hari ni kita share resepi yang agak senang sangat-sangat. Ni la resepi mudah khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja. Kita bekerja bukan alasan ye untuk tak nak memasak. Jangan malas-malas ye ibu-ibu. Sesekali tu tak apa la. Hehe .. Masak yang ringkas pun ok. 


Bahan-bahan :

1. Ikan selar yang telah digoreng (tahu kan nak goreng ikan?kiki)
2. Bawang holland (kalau tak ada guna je bawang besar). Hiris bulat.
3. Bawang putih 2 ulas (hiris).
4. Halia (hiris).
5. Cili besar (belah dua jangan putus).
6.Cili padi (hiris). Pada yang suka pedas boleh tambah, kalau taknak pun tak apa.
7. Kicap manis
8. Sedikit garam
9. Sedikit cuka ( kalau tak ada boleh ganti dengan asam keping).
10. Rempah tumis 

Cara Masak :

- Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah tumis sekejap. Lepas tu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

- Bila agak layu bahan yang ditumis tu, tuangkan kicap manis. Tambah sedikit air biar tak terlalu pekat. Biarkan mendidih.

- Masukkan juga sedikit cuka. Kalau tak ada boleh gantikan dengan asam keping. 

- Rasa. Kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tutup api. Sedia untuk dihidang.



Senang kan? Anak-anak mesti suka. Budak-budak kan tak suka pedas. Lauk ni sesuai la untuk budak. Kita yang dewasa pun suka. Hehe.

Rabu, 9 November 2016

CUCUR BILIS a.k.a JEMPUT-JEMPUT KATA ORANG JOHOR


Assalamualaikum ...
Awak-awak dah sarapan semua? Ni pun sarapan minggu lepas punya.. Minggu lepas tengok kat instagram semua blogger-blogger masakan dok upload gambar segala macam cucur..aihhhh... mana boleh tahan. Merembes-rembes air liur dalam mulut bertakung. Kahkah :D

Tak fikir apa dah.. apa kata kita buat cucur yang paling senang. Cucur bilis campur bawang. Tapi ada orang tak suka bawang kan? Pada yang tak suka tu tak payah la letak. Kalau nak letak kentang pun boleh juga. Orang johor kebanyakkan tak panggil cucur. Kitorang panggil jemput-jemput. Ehee. Ye laa kan bentuk dia sejemput je. Tu yang dipanggil jemput-jemput. Agaknya la tu kot.


Tips untuk mendapatkan tekstur yang rangup diluar dan lembut di dalam iaitu menggunakan air suam. Jangan guna air panas atau air sejuk. Lagi satu untuk bancuhan anggaran 2 cawan tepung gandum tambahkan 1 sudu kecil baking powder. Itu yang buat dia gebu dan rangup. Senang kan? 

Bancuh air suam bersama sedikit garam. Masukkan 2 cawan tepung gandum dalam bekas. Campur dengan bawang yang telah dipotong dadu. Masukkan sedikit ikan bilis. Gaul rata, kemudian masukkan sesikit demi sedikit air suam tadi. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Boleh juga kalau nak tambah kentang dan daun sup. Lagi sedap rasanya. Lepas tu apa lagi.. panaskan minyak dan goreng sehingga perang. Bukan hangus ye. Hehe :p

Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama-sama sos cili. Kalau rajin boleh buat pencicah sendiri. Lagi sedap dari sos cili. Rendam dalam 4 tangkai cili kering yang telah dipotong dalam air panas. Bila dah lembut cili kering tu tumbuk sehingga lumat bersama dengan 2 ulas bawang putih. Letak garam dan gula sedikit. Tumbuk sampai lumat tau. Lepas tu letak sedikit air masak. Tadaaa.. Siap dah sos pencicah yang dibuat sendiri. Haaa.. Bangga tak pandai buat sos pencicah? Kikiki.

 Ni semua mak yang ajar. Sebenarnya kan apa saja dari air tangan seorang emak adalah yang terbaik. Mananya tak terbaik. Apa-apa disertakan dengan kasih sayang. Makan kat kedai termewah sekali pun tak akan dapat tandingi air tangan mak. Kita yang dah tua bangka pun kadang-kadang paksa mak kita suap kita makan.. Haha.. Nanti anak kita marah. Sibuk je dia tu.. Kahkahkah. Korang makan bersuap lagi tak macam saya????


SELAMAT MENCUBA... :)



Selasa, 8 November 2016

SAMBAL TUMIS UDANG MELETOPS


Assalamualaikum semua..

Gambar yang kat atas tu menu minggu lepas. Dapat  udang baru naik laut. Uishhhh memang manis la rasanya. Memang beza sangat rasa dengan udang yang kat pasar tu. Walaupun tak la besar sangat udang yang kita dapat ni, yang penting fresh.

Bahan-bahan macam biasa la nak masak sambal tu. Kisar bawang, bawang putih, sikit belacan . Tumis bahan- bahan kisar. Masukkan pula cili kisar dalam 2 senduk. Ikut masing-masing punya pedas la. Tumis sampai garing lada dan bawang. Kemudian masukkan pula air asam jawa dalam suku cawan. Biar pekat. Dah pekat tu masukkan sedikit gula dan garam. Kemudian masukkan udang. Agak udang dah nak masak boleh masukkan bawang yang telah dihiris bulan separuh. Rasa dan matikan api. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA...


Jumaat, 4 November 2016

RESEPI : SIPUT SEDUT MASAK LEMAK BERSAMA LABU


Assalamualaikum dan salam sabtu.
Semalam pergi 'paso lambak' a.k.a pasar malam dekat Pontian. Ternampak ada orang jual siput sedut. Biasa kita nampak kecik-kecik je kan.. Ni beso siput sedutnya. Senang nak buang bontot siput tu. Kalau kecik silap-silap boleh terketuk jari. Haha. Makin gebus la jari yang sedia gebus gebas ni..  :p

Hari ni kita share resepi masak lemak siput sedut ye.. Kita campur dengan labu manis. Siput sedut ni masak sambal kering-kering pun sedap jugak. Tapi hari ni teringin masak lemak. Rasanya lemak-lemak manis sebab campur dengan labu kan..


Bahan-bahan :

  • 1kg siput sedut (boleh tahan mahal sekilo rm 12 .. apa yang murah sekarang ya?hehe)
  • Setengah biji labu manis (potong kiub)
  • Bawang merah 4 biji *
  • Bawang putih 2 ulas *
  • Seinci kunyit hidup *
  • Segenggam kecil ikan bilis
  • Santan (saya guna santan 1 kotak)
  • Garam
  • Air dalam 3 cawan (kalau pekat sangat tambah air)

Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * . Ehhh jangan lupa siput tu buang bontotnya.. Kalau tak buang sampai kesudah la kau sedut tak keluar isinya.. Haha :D Cucu bersih-bersih siput dan tos. Ketepikan dulu.
  2. Kemudian, bahan-bahan yang telah dikisar tu masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan 3 cawan air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan satu kotak santan. Masukkan juga siput yang telah dicuci bersih. Biarkan seketika.
  5. Masukkan pula labu, biarkan mendidih. Jaga api jangan sampai membuak pula kuahnya. Jangan lupa letak garam. Sesuaikan rasa.
  6. Bila labu dah lembut boleh tutup api dan sedia dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan beserta ulam-ulaman.



SELAMAT MENCUBA :)






AYAM GORENG KUNYIT