Jumaat, 4 November 2016

RESEPI : SIPUT SEDUT MASAK LEMAK BERSAMA LABU


Assalamualaikum dan salam sabtu.
Semalam pergi 'paso lambak' a.k.a pasar malam dekat Pontian. Ternampak ada orang jual siput sedut. Biasa kita nampak kecik-kecik je kan.. Ni beso siput sedutnya. Senang nak buang bontot siput tu. Kalau kecik silap-silap boleh terketuk jari. Haha. Makin gebus la jari yang sedia gebus gebas ni..  :p

Hari ni kita share resepi masak lemak siput sedut ye.. Kita campur dengan labu manis. Siput sedut ni masak sambal kering-kering pun sedap jugak. Tapi hari ni teringin masak lemak. Rasanya lemak-lemak manis sebab campur dengan labu kan..


Bahan-bahan :

  • 1kg siput sedut (boleh tahan mahal sekilo rm 12 .. apa yang murah sekarang ya?hehe)
  • Setengah biji labu manis (potong kiub)
  • Bawang merah 4 biji *
  • Bawang putih 2 ulas *
  • Seinci kunyit hidup *
  • Segenggam kecil ikan bilis
  • Santan (saya guna santan 1 kotak)
  • Garam
  • Air dalam 3 cawan (kalau pekat sangat tambah air)

Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * . Ehhh jangan lupa siput tu buang bontotnya.. Kalau tak buang sampai kesudah la kau sedut tak keluar isinya.. Haha :D Cucu bersih-bersih siput dan tos. Ketepikan dulu.
  2. Kemudian, bahan-bahan yang telah dikisar tu masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan 3 cawan air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan satu kotak santan. Masukkan juga siput yang telah dicuci bersih. Biarkan seketika.
  5. Masukkan pula labu, biarkan mendidih. Jaga api jangan sampai membuak pula kuahnya. Jangan lupa letak garam. Sesuaikan rasa.
  6. Bila labu dah lembut boleh tutup api dan sedia dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan beserta ulam-ulaman.



SELAMAT MENCUBA :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AYAM GORENG KUNYIT