Isnin, 3 Oktober 2016

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN MAYONG a.k.a IKAN JAHAN BERSAMA LADA HITAM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hari ni rasa nak share lagi satu resepi yang memang tak pernah jemu masak. ASAM PEDAS. Lawan la dengan ikan apa pun tetap sedap kalau kena gaya masaknya. Kalau tak cuci bersih ikan, memang hanyir la, silap-silap boleh loya tekak. 

Salah satu cara nak hilangkan hanyir ikan, masa cuci tu, basuhlah dengan limau kasturi. kalau tak ada cuci dengan asam jawa campur dengan garam sikit pun boleh juga. Nanti lendir-lendir pada ikan tu tanggal, lendir tu la yang menyebabkan hanyir. Ok, jom semua kita lihat apa bahan-bahan nak masak ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA LADA HITAM. 


BAHAN-BAHAN : 

  • Ikan mayong atau ada yang panggil ikan jahan.
  • 3 buku bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • seinci halia *
  • seinci kunyit hidup *
  • seinci belacan (optional) *
  • 4 senduk lada kisar (nak lebih pedas tambah lagi)
  • 1 sudu lada hitam hancur
  • garam
  • serbuk perasa (optional)
  • air asam jawa
  • daun kesum
  • sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA : 

  1.  Cuci bersih ikan dan tos.
  2. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  3. Panaskan periuk dan tuang minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Perghh bau dia..harummm..hihii
  4. Biarkan hingga agak garing / terbit minyak.
  5. Masukkan pula air asam jawa, kalau yang suka pekat jangan letak air banyak sangat. Kalau nak cair sedikit kuahnya boleh ditambah air.
  6. Biarkan hingga kuah mendidih, baru letak ikan, anggaran 1 sudu lada hitam, kalau tak suka, boleh letak sikit je. Masukkan sekali daun kesum. Daun kesum ni untuk menambah aroma asam pedas. Kalau tak ada macam tak ummphh la rasanya. Kalau ada bunga kantan pun boleh diletak sama. Fungsinya lebih kurang macam daun kesum juga, untuk menambah aroma.
  7. Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika, rasa masam, masin kuahnya cukup ke tidak. Kalau nak tambah masam, campakkan sekeping asam keping pun boleh juga.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.



Kalau masak kepala ikan mayong pon sedap juga. Mendapat pula ikan yang ada telur..Perghhh.. Tapi susah la kat sini nak dapat telur ikan mayong. Kalau ada pun kussemangat.. Mahalll nau. Makan pula dengan nasi panas, hirup kuah pula..slurpppp..haha. Hilang ayu. :D




 SELAMAT MENCUBA.. :)




2 ulasan:

  1. nak try ni!! cik kak..ikan mayung tu sama mcm ikan duri ke??
    lawo pinggan..lejen!! org panggil corak bunga kangkung! eh ke lain eh yg corak bunga kangkung tu?? hahhaha..main hentamm jeee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan jahan/ikan mayong tu rupa dia mcm ikan duri..tapi rasa dia tak sama. Isi dia lagi lembut dan lemak. Goreng pon sedap.hehe

      Padam

AYAM GORENG KUNYIT