Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Isnin, 3 Oktober 2016

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN MAYONG a.k.a IKAN JAHAN BERSAMA LADA HITAM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hari ni rasa nak share lagi satu resepi yang memang tak pernah jemu masak. ASAM PEDAS. Lawan la dengan ikan apa pun tetap sedap kalau kena gaya masaknya. Kalau tak cuci bersih ikan, memang hanyir la, silap-silap boleh loya tekak. 

Salah satu cara nak hilangkan hanyir ikan, masa cuci tu, basuhlah dengan limau kasturi. kalau tak ada cuci dengan asam jawa campur dengan garam sikit pun boleh juga. Nanti lendir-lendir pada ikan tu tanggal, lendir tu la yang menyebabkan hanyir. Ok, jom semua kita lihat apa bahan-bahan nak masak ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA LADA HITAM. 


BAHAN-BAHAN : 

  • Ikan mayong atau ada yang panggil ikan jahan.
  • 3 buku bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • seinci halia *
  • seinci kunyit hidup *
  • seinci belacan (optional) *
  • 4 senduk lada kisar (nak lebih pedas tambah lagi)
  • 1 sudu lada hitam hancur
  • garam
  • serbuk perasa (optional)
  • air asam jawa
  • daun kesum
  • sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA : 

  1.  Cuci bersih ikan dan tos.
  2. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  3. Panaskan periuk dan tuang minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Perghh bau dia..harummm..hihii
  4. Biarkan hingga agak garing / terbit minyak.
  5. Masukkan pula air asam jawa, kalau yang suka pekat jangan letak air banyak sangat. Kalau nak cair sedikit kuahnya boleh ditambah air.
  6. Biarkan hingga kuah mendidih, baru letak ikan, anggaran 1 sudu lada hitam, kalau tak suka, boleh letak sikit je. Masukkan sekali daun kesum. Daun kesum ni untuk menambah aroma asam pedas. Kalau tak ada macam tak ummphh la rasanya. Kalau ada bunga kantan pun boleh diletak sama. Fungsinya lebih kurang macam daun kesum juga, untuk menambah aroma.
  7. Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika, rasa masam, masin kuahnya cukup ke tidak. Kalau nak tambah masam, campakkan sekeping asam keping pun boleh juga.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.



Kalau masak kepala ikan mayong pon sedap juga. Mendapat pula ikan yang ada telur..Perghhh.. Tapi susah la kat sini nak dapat telur ikan mayong. Kalau ada pun kussemangat.. Mahalll nau. Makan pula dengan nasi panas, hirup kuah pula..slurpppp..haha. Hilang ayu. :D




 SELAMAT MENCUBA.. :)




Isnin, 27 Jun 2016

RESEPI : IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI



Assalamualaikum semua..
Hari ni kan nak share satu resepi tau.. Masak lemak cili padi Ikan Tenggiri ke Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi ?? Ehhh... Lantak le.. Janji lebih kurang maksudnya dan korang faham..hehehe

Pejam celik pejam celik kejap je dah penghujung Ramadhan kan..Dah nak raya..Macam mana persiapan raya korang semua.. Saya ala kadar je, yang paling penting persiapan untuk anak yang utama.. Sibuk je mulut si kecik tu tanya bila baju raya dia nak siap? hahaha..Jangan risau nak, nanti dah siap pandai la tailor tu call..Kalau dia tak siapkan baju kita, nanti kita bako rumah dia tau...hahaha..Jangan macam-macam tak siap baju raya..nangis kang pagi raya tak ada baju kurung..huhu..jap lagi nak call tailor laa (pandai risau sendiri)..hihii

Pada customer-customer NAILY's KITCHEN ,terima kasih tak terhingga diucapkan sebab sudi beli sambal dengan saya..Jasa kalian tak kan saya lupakan.. Malah kebanyakkannya sering mendoakan kesejahteraan dan perniagaan saya yang tak seberapa ni agar terus maju dan berjaya.. Alhamdulillah saya dikelilingi orang-orang yang baik hati..syukur tak terhingga..Rezeki setiap orang tu berbeza, tak sama.. ada yang mewah, ada yang kurang, ada yang diuji..Nak mengharap mewah memang tak la, sekadar cukup untuk menambah pendapatan ..Apa yang Tuhan bagi tu bersyukur la, jangan sesekali lupa akan nikmat-nikmatNya..Orang mendoakan kita tu salah satu REZEKI yang paling besar yang kita dapat tau.. Ingat senang ke orang nak mendoakan kita?setiap kali customer saya mendoakan saya, airmata saya sentiasa berlinang..dalam hati saya berkata " Tuhan..ada juga orang yang sudi mendoakan aku.." Kalau korang pernah rasa perasaan tu, faham la kan rasa dia camne..hehe..
Teringat tau mula-mula dulu jual ACAR BUAH online..Masa tu Power Rangers Kuning buat review kat blog dia.. Masa ada customer 1st order tu, saya terus whatsapp kaksu..percaya tak saya nangis..hihii..saya memang cengeng, hati tisu..Saya cakap kat dia..Kaksuuuuuuuuu ade orang order la...dia cakap banyak ke orang order?saya cakap, tak banyak..ada satu jeee..hahahaha..Satu tu pon dah buat saya happy tau.. Saya cakap kat kaksu, dari satu tu la, mungkin akan jadi banyak.. dari tak ada, sehari satu orang order, hari-hari pon jadi banyak kan.. Sampai sekarang saya percaya pendirian  tu..Tu la pengalaman yang saya tak akan lupa..

Lepas tu saya jual SAMBAL IKAN BILIS CILI PADI pulak.. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan.. walau tak ada la order beratus seminggu..tapi tetap syukur, ada yang beli rekemen kat kawan-kawan opis, terus dorang order banyak..syukur..terima kasih korang.. Jangan lupa tau nanti repeat order..Ajak sekali kawan-kawan, sedara mara, adik beradik beli sekali..baru Naily's Kitchen orang kenal..haha..Seronok tau bila kita masak orang cakap sedap..satu perasaan yang tak boleh digambarkan..Sekali diucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi beli sambal dengan saya.. Moga Allah sentiasa memberkati kita semua.. Aamiin

Dah.. meh kita tengok resepi pulak..hehe..Sesiapa yang tak tahan pedas tu boleh la kurangkan cili ye..kang cirit birit pulak..haha..Saya sendiri tak guna banyak cili.. Kalau resepi orang negeri sembilan dorang tak guna bawang, tapi saya guna ikut rasa saya la..hehe..pada yang nak mencuba tu, silakan..yang penting ringkas dan sedap..



Bahan- bahan :

  • Ikan Tenggiri saiz sedang
  • 2 buku bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • seinci kunyit hidup*
  • 10 biji cili padi* (kurangkan kalau tak tahan pedas)
  • air asam jawa (agak-agak jangan masam sangat)
  • santan (saya guna santan kotak KARA,saya guna 1 1/2 kotak, sebab saya suka pekat, kalau tak suka pekat 1 kotak memadai)
  • 2 helai daun kunyit
  • garam
  • serbuk perasa(optional)

Cara-cara memasak :

  1. Mula-mula blend bahan yang bertanda * pastikan ikan dah siap bersiang dan rendam dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan, basuh dan toskan.
  2. Masukkan bahan yang telah diblend tadi dalam periuk, masukkan air asam jawa.. Didihkan, lepas mendidih tu masukkan ikan dan santan, kecilkan api.. Kacau perlahan jangan sampai pecah minyak nanti tak cantik.
  3. Agak-agak dah mendidih, masukkan daun kunyit yang telah disiat halus. Nak potong / gunting pon boleh jugak. Kita buat dia kan..hehe.. Daun kunyit fungsi dia untuk bau wangi..siyes sedap kalau letak daun kunyit ni.
  4. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.. Rasa dan tutup api.. Siap untuk dihidangkan.

Mudah kan resepi ni??Sila la cuba, tak menyesal punya..hehe.. Rasa lemak, pedas, masam bersatu dalam satu rasa ditambah pulak dengan bau wangi dari daun kunyit.. Perghhhhhh...sedappppp.. Pastu gorng pulak ikan, makan nasik panas-panas.. Memang heaven la... Nikmat mana yang hendak ku dustakan?? syukur atas nikmat yang diberi..
Nanti lepas ni saya share resepi kuih raya pulak ye..ambik mood raya..hahaha

SELAMAT MENCUBA :)



Isnin, 30 Mei 2016

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA JERUK SAWI


Asam pedas sinonim dengan masyarakat Johor.. macam-macam versi asam pedas pon ada..tinggal pilih nak menggayakan cmne dan ikut kesesuaian..

Kali ni saya pilih masak Asam Pedas Ikan Mayong.. Ada juga yang panggil ikan mayong ni Ikan Jahan..Asal usul mungkin dari ikan jerung agaknye..kihkihhh..rasa ikan ni lemak, lembut je..kalau digoreng dan dibuat sambal tumis pun sedap tau..

Dalam asam pedas kita boleh letak terung, bendi, tomato ataupun jeruk sawi.. korang penah mkn jeruk sawi?serioussssss sedap wehhhh..hihiii..daun kesum jugak memainkan peranan penting tau.. dapat mengharumkan lagi asam pedas dan sekaligus dapat menghilangkan hanyir ikan..

: ni laa rupa sawi jeruk :



: Ikan Jahan atau Ikan Mayong...sama je ikannya.. :

Panjang lebar pulak menceceh..hihi.. Jom ape kata kita intai-intai RESEPI ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA JERUK SAWI.

Bahan-bahannya :

  • 4 buku bawang besar (saiz sedang)
  • 4 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 4 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan yang disukai..nak pedas letak lebih)
  • 2 sudu pes asam jawa (dicampur dengan air, nak masam tambah pes asam jawa)
  • garam
  • serbuk perasa (optional)
  • minyak masak
  • daun kesum
  • jeruk sawi
  • ikan mayong


Bahan kisar halus :
  • 4 buku bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • halia
  • kunyit
  • belacan



Cara-cara :

  1. Cuci ikan yang telah dipotong nipis..cuci ikan menggunakan limau kasturi.. Kalau limau kasturi tak ada boleh juga rendam dengan air asam jawa dicampur dengan garam. Tujuan cuci ikan menggunakan limau kasturi atau air asam jawa ni untuk menghilangkan rasa hanyir ikan. Setelah cuci toskan airnya.
  2. Panaskan minyak diperiuk.. pastikan minyak betul-betul panas..Tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus dan lada kisar.
  3. Setelah agak garing bahan-bahan yang ditumis atau dalam erti kata lain setelah  pecah minyak, masukkan air asam jawa.. Masukkan sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang disukai..
  4. Selepas itu masukkan ikan mayong, biarkan mendidih
  5. Agak-agak dah mendidih masukkan daun kesum dan sawi jeruk.. Jangan lupa letam garam dan serbuk perasa... Sesuaikan rasa, agak-agak ikan dah betul-betul masak padamkan api dan sedia untuk dihidang...





Makan nasi panas dengan asam pedas.. Letak sikit kicap manis JALEN / KIPAS UDANG.. Ulam dengan timun cina cicah sambal belacan..... Perghhhhhhh.. Nikmat mana yang hendak didustakan.. hihii


SELAMAT MENCUBA :)



Selasa, 17 Mei 2016

RESEPI : ASAM REBUS IKAN GELAMA BERSAMA NANAS

Assalamualaikum semua..

Dah lama rasanya tak makan asam rebus ni, asam rebus ikan gelama letak sama dengan nanas..kalau arwah atok nenek kita memang suka lauk lauk ringkas camni.. Orang dulu dulu kalau masak main campak campak je, tak de pun nak sukat sukat.. campak campak camtu la rasanya yang sedap..hihii



Jom kita tengok apa resepi Asam Rebus Ikan Gelama Bersama Nanas.

Bahan-bahan :


  • Ikan Gelama
  • Lada Merah
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Sedikit Halia
  • Sedikit Kunyit
  • Sedikit Belacan (optional)
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  • Sedikit Gula
  • Serbuk Perasa (optional)


Ni Laa Ikan Gelama



Simple je bahan bahannya kan.. memasak ni sebenarnya mudah kalau ada minat..lagi satu kenal bahan bahan..kalau tak kenal bahan payah la sikit..hihi
Selalunya yang tak kenal bahan ni orang lelaki,kebanyakkannya la..tapiiii kan tak boleh cakap jugak..orang pompuan sekarang pon ramai yang tak kenal barang barang asas memasak..kalau dah bawang pon tak kenal..kronik la tu..haha

Berbalik pada resepi kita, bahan bahan kat atas tu lada merah,bawang, bawang putih, halia, kunyit dan sedikit belacan kita blend aje...terrrrrrr...siap..hehe..

Pada yang tak suka belacan tu tak payah la letak..terpulang pada kita. Masukkan dalam periuk, perahkan air asam jawa, didihkan.. air asam jawa tu biar masam sikit baru umphh..
Jangan tumis pulak..kalau tumis dah jadi asam pedas bukannya asam rebus kan..

Masukkan ikan dan nanas..jangan lupa letak garam,sedikit gula dan serbuk perasa..
Biarkan mendidih, menggelegak agak agak nanas tu dah lembut baru dimatikan apinya.




Sedia untuk dimakan...tadaaaaa..
Makan nasi panas panas..perghhh
Nikmat mana yang hendak ku dustakan..syukur alhamdulillah masih diberi nikmat makan..





AYAM GORENG KUNYIT