Selasa, 2 Mei 2017

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSAMA ASAM TERUNG


Assalamualaikum.. Kembali bersiaran. Haha.. Lama betul tak menjengeh blog sendiri. Blog orang kemain hari-hari baca.. Yelaa banyak cerita menarik kan.

Korang pernah makan terung asam? Kalau orang kampung biasa la makan, tapi tak boleh nak cakap juga, ada je orang kampung yang tak pernah makan asam terung ni tau. Nak-nak budak-budak muda sekarang. Kalau fast food tu laju la. Tak baik untuk kesihatan la..

Meh nak tunjuk sikit macammana rupa pokok asam terung ni. ni pun ambil gambar dari en Google. Pokok yang kat rumah ni dah mati la pula kena tempias racun dek abah.. Haha




Tu la rupa pokok asam terung. Pokoknya berduri sampai la kedaunnya pun berduri. Buahnya pula berbulu. Basuh bersih-bersih buang bulu dan kulitnya baru boleh dimasak atau dibuat sambal. Perghhhh... Sedap woiii.. Hahaha


Gambar ni pun cilok dari en Google.. Ni rupa setelah dicuci bersih dan dibelah dua.


Gambar ni diambil dari blog http://pusatbawangdayakq.blogspot.my .

Kali ni kita buat menu Sambal tumis Ikan Bilis bersama Asam terung. Jom kita tengok resepinya. Senang je nak buat sambal tumis ni. 

Bahan-bahan :

- 2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan
- 10 biji asam terung yang telah dicuci bersih, dikupas dan dibelah dua.
- 1/2 cawan air asam jawa
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa (optional)
- 2 senduk cili kisar
- 8 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 2 inci belacan*(*kisar halus)

Cara-cara :


  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perasa (jika suka). Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  • Masukkan asam terung, biarkan sehingga agak lembut kemudian masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Rasa dan jika ok boleh tutup api. 
  • Sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi panas pergghhhh


  • SELAMAT MENCUBA :)

    1 ulasan:

    1. tak pyh ckp bdk2 muda, aku pun tak penah mkn asam terung tuh wei

      sedangkan ada je pokok tu kt tepi umah masa aku kecik2... tp sbb berbulu tak penah nk amik... klu amik pun jadikan peluru main askar2 hahahahha

      tp biasalah bg org amik buah terung tu, sbb mmg tau itu boleh di mkn

      BalasPadam