Isnin, 5 Disember 2016

AYAM MASAK UNGKEP


Assalamualaikum semua..
Ni menu makan malam tadi, dah pening nak masak apa. Tengok dalam peti ais ada ayam, renung punya renung, fikir punya fikir.. Apa la aku nak masak dengan ayam ni..Ermmm.. akhirnya terjadi la AYAM MASAK UNGKEP ni.. hehe.. Apa makna ungkep ek? Dana .. Apa makna ungkep ek? ke sapa-sapa orang jawa leh terangkan maksud ungkep. Yang kita faham maksud ungkep tu maknanya semua bahan yang dicampur dalam satu kuali biar mesra. Yeke? Hahaha :p


Ni bahan kisar untuk buat ungkep. Lupa nak ambil gambar kunyit hidup sekali. Kalau ikut resepi asal serai diketuk je. Ni kita buat dua-dua. Kisar dan ketuk.

RESEPI : AYAM MASAK UNGKEP
OLAHAN : NAILY'S KITCHEN


BAHAN-BAHAN :

  • 8-9 ketul ayam dicuci bersih .
  • 2 batang serai
  • 3 cawan air
  • minyak
  • garam
  • gula
  • 1/4 kotak santan (saya guna santan kotak jenama KARA)
BAHAN KISAR :

  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan
  • 20 biji cili padi ( kalau nak pedas tambah lagi, kalau tak suka pedas kurangkan)


CARA-CARA :

  1. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan serai yang telah diketuk dan ayam yang telah dicuci bersih. Gaul rata.
  3. Masukkan pula lebih kurang 3 cawan air. Tutup kuali rapat-rapat.
  4. Agak-agak kuah sudah mengering sedikit, masukkan pula garam, gula dan sedikit santan. Kalau tak masukkan santan pun boleh juga. Tapi nak tambah rasa lemak sedikit boleh la tambah sedikit santan. Kalau letak banyak sangat dah jadi rendang nanti. Hihii..
  5. Kacau sekali sekala agar ayam tak hangus. Sesuaikan rasa garam. Jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi garam.
  6. Bila kuah dah kering, boleh tutup api. Tapi kalau suka ayamnya berkuah jangan masak terlalu kering. Biarkan ada sedikit kuah. Sedia untuk dihidang.

Bukan setakat makan dengan nasi je, makan roti cicah kuahnya pun sedap. Nak-nak dah diperangat keesokkan harinya. Lagi sedap rasanya. Pagi tadi bawa bekal pergi kerja. Hihii.. Sedapppp.. :p
Korang kalau dah tak tau nak masak apa, boleh la cuba masak ayam ungkep ni. Senang, mudah dah cepat. Dalam setengah jam dah siap masak. Tapi kalau guna ayam kampung lagi sedap rasa dia. Yelaa ayam kampung kan rasa dagingnya manis.


SELAMAT MENCUBA :)




4 ulasan:

  1. heheheh macam rasa di seru2 lak aku...
    rupenya ada org sebut kt sini...

    wei sejak aku reti msk ungkep ni tak penah aku tanya mak aku apa maksudnya hahahha...
    tp versi ko, versi org rajin, ungkep versi aku...versi org malas heheheh
    versi simple

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la... tgh type tiba2 terfikir ape la makna ungkep..hihihii

      Padam
  2. naily rasa goes to rasa kurma ke??
    kenapa lahh saya ni tak rajinn btol bab merempah2 bagai.
    balik2 masak yg simple2..bila saya nak bertaubat lalu berubah ni?? hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ni rasa dia lebih kurang rendang.. senang je la cik Puan Aishah..kihkih
      yg ni mana ada guna rempah bagai...ada tak de tambah ketumbar jintan je.. kan senang tu.. campak dalam blender..terrrrrrr.. campak lak dalam kuali.. dahhh siapppp

      Padam