Ahad, 4 Disember 2016

ASAM REBUS IKAN TENGGIRI



Assalamualaikum semua..
Lama rasanya tak bersiaran. Ehee.. Ni gambar lunch tadi.. Tekak tak berapa nak sedap la. Pau rendang tu sedap tau.. :p


Gambar asam rebus ikan tenggiri ni pun dah berkurun simpan dalam folder. Ehee. Acah-acah sibuk hujung tahun katakan.. Resepi Asam Rebus kali ni ada kelainan sikit. Kita guna lada hidup a.k.a lada merah besar tu. Rasanya lebih sedap dari guna lada kering tau. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan. Senang je, lebih kurang macam masak asam pedas juga.

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan tenggiri yang telah dicuci bersih.
  • 7 batang lada merah*
  • 2 buku bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Seinci halia*
  • Seinci kunyit hidup* 
  • Sedikit belacan (optional)*
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Sedikit gula
Cara-cara :

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * . Masukkan kedalam periuk. Masukkan juga air asam jawa. Agak-agak jangan terlalu pekat. Asam rebus kebiasaannya cair  bukan seperti asam pedas. Asam pedas makin pekat makin syok makan. Hihii
  2. Biarkan ia mendidih seketika. Masukkan ikan tenggiri yang telah dicuci bersih.
  3. Masukkan juga garam dan sedikit gula. Biarkan sehingga ikan tersebut masak. Sesuaikan rasa garam dan jika kurang masam, boleh juga kita letak sekeping asam keping.
  4. Jika rasa dah sesuai dengan tekak,boleh la tutup api dan sedia untuk dihidang.



Pernah korang makan asam rebus ikan ni dengan tempoyak?? Haha..pelik ke? Tak ada la pelik.. Sedapppppp sangat tau korang. Haha. Masukkan dalam mangkuk bubuh kuah banyak-banyak, lepas tu masukkan sesudu dua tempoyak. Perghhh makan dengan nasi panas-panas. Meletopp la rasa dia. Tapi korang jangan la masukkan tempoyak dalam periuk. Sian kat orang lain yang tak makan tempoyak. Lagi pun tak sedap kalau masuk sekali dalam periuk. Yang sedap masa nak makan tu bubuh dalam mangkuk.. Slurrrpppp hirup kuah dia.. Hihii. Anak panggil pun tak toleh.. Kahkahkah.

SELAMAT MENCUBA ;)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan