Rabu, 18 Mei 2016

RESEPI : DAGING GORENG KUNYIT

Assalamualaikum semua..

Harap harap semua berkeadaan baik belaka..yang mana tak sihat cepat cepat jumpa doktor..jangan biar melarat, baru nak jumpa doktor..makan ubat jangan culas..hehe..membebel plak kan..apa salah ingat mengingati kan kan.. ;-)

Ni dah nak dekat dekat bulan puasa kan, mesti ramai yang cari resepi resepi yang mudah dimasak, ringkas dan yang paling penting sedapppp..haha..yelaa nak nak ibu ibu, isteri isteri yang bekerja..mesti nak sesuatu yang mudah dan ringkas..badan dah seharian penat bekerja, kita masak yang ringkas camni pon dah ok kot..

Hari ni kita nak share satu resepi yang agak mudah..RESEPI DAGING GORENG KUNYIT..
Sangat sangat mudah kot..kalau nak cepat masak pilih daging yang cepat empuk, contohnya daging batang pinang.. Jom kita intai apa resepinya..



Bahan-bahan :


  • Daging
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sedikit halia
  • Kunyit
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Garam
  • Asam keping
  • Serbuk perasa (optional)


Cara-cara :


  • Mula mula tumbuk bawang putih,halia & kunyit..gaul bahan yang ditumbuk dengan daging.
  • Panaskan minyak, bila minyak dah panas..goreng daging seketika lepas tu masukkan air hingga tenggelam daging.
  • Biarkan daging hingga kering airnya...Bila air dah kering..masukkan asam keping,garam,bawang besar,bawang putih yang dah dihiris,cili merah,cili hijau dan sedikit serbuk perasa..
  • Sesuaikan dengan rasa, kacau hingga agak garing dan angkat..Siap untuk dihidang..tadaaa



Kalau nak versi yang lagi mudah..potong potong semua bahan,bawang besar,bawang putih,halia semua tu,tumis agak agak perang masukkan daging,kacau seketika..masukkan air hingga tenggelam daging.. masukkan garam,asam keping.. biar hingga daging empuk dan kering air...lepas tu masukkan cili merah dan hijau..tunggu hingga garing dan sedia untuk dihidang...mudah kan..kita yang buat dia..camne gaya pun tetap jadi la..hehe..
Selamat mencuba... ;-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan