Rabu, 19 Oktober 2016

RESEPI : SANTAI MINUM PETANG. POPIA SAYUR & LEPAT PISANG


Assalamualaikum semua..
Ni nak cerita tentang hari Sabtu lepas 15.10.16. Saje cuti tak ada buat apa.. tetiba bonda terCINTA cakap, kalau petang-petang ni makan popia sedap kan? hihii.. ayat dia.. Yelaa mak, jom kita jenguk kat peti ais ape sayur yang ada kita leh guna buat inti popia. Sekali tengok cuma ada tauge, carrot dengan daun bawang je. Nak keluar pegi kedai malas, hehe.. Ni pun boleh jugak jadi inti.. Kalau ada sengkuang mesti lagi sedap sebab krap krup je bila kunyah. Ok next time ye..

Kali ni guna rencah ikan bilis je. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis sambai lumat. Pastu tumis dengan sedikit minyak. Masuk segala sayur yang ada. Siap bab inti. Tunggu sejuk baru gulung dengan popia. Sedapppp bila makan tengah panas-panas.. Mengelupur bila masuk mulut.. Haha.. Tu laa..tunggu la sejuk sikit baru masuk mulut. Ni tak menyabor kan? mendapat la... :p


Haaaa.. Ni pulak permintaan anak dara kesayangan saya.. Dia tak suka popia, jadi dia suruh saya buat lepat pisang. Sebab dia tengok ada pisang kat dapur. Selamat la kat belakang rumah ada pokok pisang, boleh ambik daunnya.

Ni pun senang je membuatnya. Potong pisang kecil-kecil, masuk dalam blender bubuh santan , gula sikit, garam sikit, air sikit. Terrrrrrrrrr terrrrrrr.... Siap. Buh dalam mangkuk. Letak pula tepung gandum. Gaul agak-agak tak cair tu dah ok la tu.

Daun pisang lap dengan kain bersih, lepas tu layur kasi lembut daunnya. Mula la melepat. Hihii. Panaskan kukus dulu jangan lupa. Dah siap melepat masuk dalam kukus. Biar dalam 20 minit dah masak. Tengok daunnya pun dah berubah warna. Ni buat dalam saiz yang comel-comel je. Anak dara ni tak nak yang besar, tak cantik katanya.






Ni la dua menu minum petang untuk kesayangan-kesayangan saya. Menu yang cukup mudah untuk anda cuba.

SELAMAT MENCUBA :)




Selasa, 4 Oktober 2016

SAMBAL IKAN BILIS CILI API PETAI KOMPEM MELETOPPSS


Tadaaaa... saja nak tayang SAMBAL IKAN BILIS CILI API PETAI yang kompem masuk mulut meletop-letop rasanya. Hahaha. angkat bakul sendirik nampak. Ishh.. tak caya plak dia, pegi tanya pada yang dah rasa sambal homemade yang dimasak dengan penuh kasih sayang ni. Hihi.. Kalau nak keyakinan yang lebih tinggi boleh tanya Siti NurhalizaaaaCik Suzie ManisCik Echa Hot. Pegi tanya kalau tak caya.. Haha

Meh nak share proses pembikinan sambal ni ye.


Mula-mula tu nak tunggu sambal tu kering ya ampun.. dia punya merecik melenting-lenting. Haha sakit woo.. pijar kena percik lada lagi.. Masak dengan api yang perlahan agar sambal tu tak rentung. Hihi.
Agak dah kering sikit tu kita masuk pula ikan bilis. Nak sedap guna ikan bilis yang premium ok. Tengok, berkilat je ikan bilis tu. Bersinar-sinar. haha


Kita kacau dan terus kacau ye. Part ni memang tak boleh tinggal, kang hangus berkerak bawah dia. Biar dia kering sedikit.


Nampak tak PETAI ni? Segar kan? Mesti la.. Sambal Ikan Bilis Petai from Naily's Kitchen menggunakan petai yang segar ya, petai yang dikopek sendiri. Dan dipastikan semua petai-petai itu bebas dari ULAT.


Kita masukkan pula petai yang sedap lagi segar ni. Ya.. memang banyak saya letak. Takkan nak letak sikit je kan? Tak patut.



Kita kacau biar hingga sambal betul-betul kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum dipacking.
Terliur tak tengok? Hihihi.. Pada yang tak berkesempatan nak memasak, kami mudahkan cara. Apa kata korang semua pakat-pakat beli je senang. Macam-macam kegunaan boleh pakai. Buat perencah nasi goreng, buat rencah sayur goreng pon boleh.kangkung goreng belacan..Perghhh.. Pecahkan telur kat sambal ni, makan dengan nasi panas pun sedap. Yang tu boleh order tanpa petai, banyak kegunaannya.




Ni antara SAMBAL IKAN BILIS yang dijual ya. Anggaran berat dalam 300 gram sebekas.
Harga pula amat berpatutan dengan anggaran berat dan kualiti barang yang digunakan. Antaranya menggunakan Ikan Bilis Premium, Cili Padi Kampung yang segar. Bukan menggunakan cili siam. Berikut adalah senarai harga :

Sambal Ikan Bilis Biasa - RM 12
Sambal Ikan Bilis Petai - RM 14
Sambal Ikan Bilis Merah - RM 12

Berminat? sila hubungi / whatsapp di no :

012 768 8616



Nota Kaki : Pada yang tak tahan pedas tu, boleh request tak nak pedas sangat. ikut la skala kepedasan masing-masing ye.


CEPAT-CEPAT.. JOM LA BELI.. HAHA :D










Isnin, 3 Oktober 2016

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN MAYONG a.k.a IKAN JAHAN BERSAMA LADA HITAM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hari ni rasa nak share lagi satu resepi yang memang tak pernah jemu masak. ASAM PEDAS. Lawan la dengan ikan apa pun tetap sedap kalau kena gaya masaknya. Kalau tak cuci bersih ikan, memang hanyir la, silap-silap boleh loya tekak. 

Salah satu cara nak hilangkan hanyir ikan, masa cuci tu, basuhlah dengan limau kasturi. kalau tak ada cuci dengan asam jawa campur dengan garam sikit pun boleh juga. Nanti lendir-lendir pada ikan tu tanggal, lendir tu la yang menyebabkan hanyir. Ok, jom semua kita lihat apa bahan-bahan nak masak ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA LADA HITAM. 


BAHAN-BAHAN : 

  • Ikan mayong atau ada yang panggil ikan jahan.
  • 3 buku bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • seinci halia *
  • seinci kunyit hidup *
  • seinci belacan (optional) *
  • 4 senduk lada kisar (nak lebih pedas tambah lagi)
  • 1 sudu lada hitam hancur
  • garam
  • serbuk perasa (optional)
  • air asam jawa
  • daun kesum
  • sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA : 

  1.  Cuci bersih ikan dan tos.
  2. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  3. Panaskan periuk dan tuang minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Perghh bau dia..harummm..hihii
  4. Biarkan hingga agak garing / terbit minyak.
  5. Masukkan pula air asam jawa, kalau yang suka pekat jangan letak air banyak sangat. Kalau nak cair sedikit kuahnya boleh ditambah air.
  6. Biarkan hingga kuah mendidih, baru letak ikan, anggaran 1 sudu lada hitam, kalau tak suka, boleh letak sikit je. Masukkan sekali daun kesum. Daun kesum ni untuk menambah aroma asam pedas. Kalau tak ada macam tak ummphh la rasanya. Kalau ada bunga kantan pun boleh diletak sama. Fungsinya lebih kurang macam daun kesum juga, untuk menambah aroma.
  7. Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika, rasa masam, masin kuahnya cukup ke tidak. Kalau nak tambah masam, campakkan sekeping asam keping pun boleh juga.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.



Kalau masak kepala ikan mayong pon sedap juga. Mendapat pula ikan yang ada telur..Perghhh.. Tapi susah la kat sini nak dapat telur ikan mayong. Kalau ada pun kussemangat.. Mahalll nau. Makan pula dengan nasi panas, hirup kuah pula..slurpppp..haha. Hilang ayu. :D




 SELAMAT MENCUBA.. :)




Selasa, 27 September 2016

RESEPI : MUDAH & RINGKAS. UDANG GORENG , IKAN KEMBUNG GORENG & SAYUR PUCUK MERANTI GORENG


Haha.. Mati la semua menu goreng belaka. Ni kes semua nak cepat. Kadang-kadang balik kerja dah lambat, jalan jem lagi, ni je la yang dapat disediakan. Udang tu kan, kita dapat beli yang baru naik dari laut. Perghhh rasa dia, jauh beza dengan udang yang beli kat pasar tu. Manis, lembut.. Ishhh :p

Bahan-bahan nak goreng ikan & udang tu senang je.. Kalau nak lagi senang gaul je dengan serbuk kunyit & garam. tu paling mudah. haha. Tapi kalau nak special sikit rasa dia, tak nak la ringkas sangat kan walau hakikatnya goreng jeee..hihii. Kita tumbuk kunyit hidup, bawang putih dalam 3 ulas, halia sikit, garam sikit. Tumbuk sesungguh hati sampai lumat. Pastu gaul pada ikan & udang tadi. Terpulang nak goreng ikan atau udang dulu. Masa goreng tu, hurmmm bau dia semerbak wangi kemain lagi.

Sayur tu pon senang je. Hiris bawang, bawang putih. Letak sikit ikan bilis, pastu tumis. Agak garing/layu bawang tu masukkan sayur meranti, sedikit garam & serbuk perasa kalau suka. Kalau nak ada kuah, boleh tambah sikit air. Jangan bubuh banyak sangat, nanti jadi sup sayur. Hehe.


Pada yang tak kenal bagaimana rupa sayur pucuk meranti, ni la rupa pucuk meranti. Rasanya ade sedikit pahit-pahit, tapi sedap. Selain dari digoreng, pucuk meranti ni sedap kalau masak lemak dicampur sama labu. Resepi yang tu lain kali kita share ok. Gambar diambil dari En Google.


Tadaaaa..siap dah. Senang kan?Kalau yang goreng-goreng ni pun cakap susah.. Tu bukan susah tapi MALAS.. Hahaha :D
Makan dengan nasi panas. Sedap !! :p

SELAMAT MENCUBA.. :)


Isnin, 26 September 2016

RESEPI : SUP SAYUR PETOLA BERSAMA TELUR


Assalamualaikum & Selamat tengahari semua.
Hari ni niat nak kongsi resepi mudah, sesuai untuk orang yang tak berapa nak sihat, sakit tekak, demam, tak berapa nak selera nak makan kan. Agak sesuai bila buat sup sayur ni. Hirup hangat-hangat rasa kat tekak. Masak sayur ni dah lama cuma tak berkesempatan je nak kongsi resepinya di sini.


Pada yang tak kenal rupa petola, ni la rupanya sayur PETOLA. hihi. Gambar ambil di Google. Ingat arwah nenek dulu, selalu masak sup petola. Ada juga yang panggil petola tumis air. Buat pula sambal belacan, memang lawan dia la. Bertambah-tambah makan nasi, dapat pula nasi panas. Memang menjadi. Haha :D
Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 2 biji petola
  • 1 biji bawang besar saiz kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
  • seikat kecil suhun (betul ke eja camtu?ke su'un? haha)cuci bersih dan rendam dalam air.
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (optional)
  • 3/4 biji telur
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Anggaran 4 cawan air (kalau nak banyak kuah tambah lagi airnya)


Cara-cara :

  1. Cuci bersih sayur yang telah siap dipotong, rendam dalam air dan ketepikan. Tujuan rendam dalam air ni biar petola ni jangan lebam. Kalau kita tos kering, nanti dia lebam. tak cantik pula rupa dia nanti.

Rupa setelah siap dipotong & direndam dalam air.

    2. Hiris bawang besar dan bawang putih.




   3. Panaskan sedikit minyak anggaran 2 sudu untuk menumis. Agak minyak dah panas, masukkan  bawang, bawang putih & ikan bilis.

   4. Agak layu dan garing bahan-bahan yang ditumis tu, masukkan pula 4 cawan air. Biarkan sampai  mendidih.

   5. Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur petola, biarkan agak layu / lembut baru pecahkan telur.  Kalau tak nak telur tu hancur masa masukkan dalam periuk, pecahkan dulu telur dalam piring,    kemudian tuang dalam senduk barulah dimasukkan dalam kuah tadi. Baru cantik kejadiannya. 

   6. Kemudian masukkan pula suhun yang telah direndam tadi. Masukkan sekali sedikit garam dan  serbuk perasa jika suka. Rasa, agak sesuai rasa garam tadi, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Sesuai juga dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan. Orang tak sakit pun selera jadinya. Hehe..


SELAMAT MENCUBA .. :)



          


RESEPI: SAMBAL TUMIS UDANG & SAYUR KAILAN IKAN MASIN


Assalamualaikum semua..

Lama rasanya tak bersiaran kat blog ni. hihi. Kalau rumah, dah penuh dengan sawang agaknya kan. Almaklum dah dekat hujung-hujung tahun ni semua sibuk kejar KPI masing-masing. Dengan tugas seorang ibu dan isteri mithali lagi kan..kahkah :D

Nak membebel pun dah tak tau nak bebel apa. Kisah accident jangan cakap la, merata-rata rasanya. Allah.. Moga kita semua sentiasa dilindungi olehNya. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati memandu, tapi atas kecuaian orang lain kita jadi mangsa. Pada sekalian pemandu, hati-hati la memandu tu, jangan syok sendiri je memandu, tengok kiri kanan kalau nak tukar lorong, bagi signal jangan main masuk je.. Kena hon tau plak nak marah..hihi.. Pada pemandu motosikal jangan asyik nak menyelit je ye.. Kang orang tesondol nak marah.. Dah terbongkang kang sapa susah?

Ehhh. Dah la, malas nak membebel.. Jom kita layan resepi SAMBAL TUMIS UDANG & SAYUR KAILAN IKAN MASIN. Godek-godek henpon jumpa la pulak gambar ni, sayang pulak kalau tak share kan. hehe.. 


Ni pilih udang yang kulit putih nipis tu, sedap, masis je rasanya. Kalau korang nak pakai udang yang besar-besar tu pun tak ada salahnya. Pun sedap jugak.

Bahan-bahan :

  • Udang putih (kopek kulitnya, senang nak makan..hehe)
  • Bawang 2 buku besar *
  • Bawang putih 3 ulas *
  • 20 tangkai lada kering (rebus dulu kasi lembut) nak pedas, letak la banyak*  kalau guna cili dah siap blend tu dalam anggaran 3 senduk.
  • Seinci belacan *
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas tumis bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sambal tu garing dalm erti kata lain pecah minyak.
  3. Bila sambal tu dah pecah minyak, letak la air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti masam pulak.
  4. Bila agak dah mendidih sambal tu dan agak garing boleh la masukkan udang .
  5. Masukkan sekali garam dan serbuk perasa. Gaul sebati. Kalau nak lagi sedap masukkan sekali bawang hiris.
  6. Jangan masak udang terlalu lama, nanti isinya keras tak lembut.




Siap satu lauk dah.. Tak kan la satu lauk je kan.. Kena ada sayur jugak baru sedap. Fikir punya fikir nak masak sayur ape sedap ek.. Penyudahnya masak je la KAILAN IKAN MASIN.

 Tengok gambar sayur ni merembes kilang air liur dalam mulut ni. Haha :D
Jom kita tengok cara-cara nak masak sayur lak.

Bahan-bahan :

  • Sayur kailan
  • Ikan masin / ikan jeruk tenggiri (yang kalau goreng 3 buah rumah jiran boleh bau. Hahaha)
  • Bawang besar 1 buku saiz kecik. Kalau besar guna setengah je. Guna bawang holland pon boleh juga.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • 1 sudu sos ikan 
  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Cuci bersih sayur yang telah siap dipotong.. toskan letak tepi dulu.
  2. Potong bawang besar & bawang putih.
  3. Kalau suka atau terlebih rajin bolehlah goreng dulu ikan masin tu. ambil isinya saje, jangan dengan tulang-tulang dimasukkan. Ada tercekik nanti. Hihi
  4. Panaskan minyak, bila minyak dah cukup panas, masukkan bawang besar, bawang putih yang dah dihiris bersama ikan masin tadi.
  5. Agak-agak garing / layu bawang tadi tu, masukkan pula sayur kailan. 
  6. Masukkan 1 sudu sos ikan. Tak perlu masukkan garam, sos ikan dan ikan masin tu kan dah sedia masin. Jangan masak lama sangat sayur tu, layu sangat tak sedap nanti. Lembik je.



Tumis bawang besar + bawang putih+ ikan masin.

Masukkan pula sayur kailan.

Balik-balikka sayur tu.

Masukkan pula sos ikan anggaran dalam satu sudu. Ni saya renjis-renjis je. Agak-agak sayur dah layu sikit, tutup api angkat. jangan masak lama sangat, nanti sayur lecur tak sedap.



Cuba la masak resepi ringkas je ni. Yang penting sedap. hihi.

SELAMAT MENCUBA.. :)

















Ahad, 3 Julai 2016

RESEPI : DAHLIA SUSU a.k.a SEMPERIT SUSU


Assalamualaikum semua..
Hari tu kan dah janji nak share resepi kuih raya yang mudah..hehe .. Sorry uols, kite terlupa.. Dah lagi dua hari nak raya, baru nak share resepi..hihii.. Tak ape, kalau tak sempat buat raya puasa ni, buat raya haji pon ok jugak, lagi pon senang sangat la resepi DAHLIA SUSU ni. Ada orang panggil SEMPERIT SUSU, tapi kan kalau saya semperit tu yang panjang, bukan yang ni..

Apa kata korang cuba, memang sedap tau.. Rasa dia opkos la rasa susu, lemak-lemak gitu.. Masuk je mulut terus cair dimulut..hihii


Yang ni saya buat dua kaler, satu kaler merah pink, satu lagi buat kaler hijau, meriah..haha


Ceri tertanggal la pulak..ishhh.. ke kena kutis dek anak dara sorang ni? Paham tak 'kutis' tu ape? Almaklum saya ni orang JOHOR..hihiii.. Kutis tu maksudnya lebih kurang kuis la..


Jom la kita tengok resepi KUIH DAHLIA SUSU ni..

Bahan-bahan :

  • 250 gram butter
  • 450 gram tepung jagung
  • 100 gram tepung ubi
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 sudu kecil esen vanila / esen ros (saya guna esen ros, sebab wangi je bila bakar..hihii)
  • pewarna yang disukai
  • hiasan (ceri / manik / dll )
 Cara-cara :

  1. Mula-mula pukul butter dan susu. Jangan pukul terlalu lama nanti biskut jadi kembang, tak cantik nanti.. Pukul manja-manja je.. Tepung jagung dan tepung ubi diayak.. 
  2. Agak sebati susu dengan butter, masukkan tepung jagung dan tepung ubi sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanila.. Uli rata..Adunan memang agak lembik, tapi jangan risau..dah bakar nanti tak ada la lembik.. kalau ikut betul-betul sukatan resepi ni memang akan jadi..InsyaAllah.
  3. Bahagikan kepada dua bahagian. Bubuh la warna ape yang korang suka.. Nak warna warni pon tak ade sape yang nak marah..kan kita yang buat dia kan..
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan dahlia.. tekan atas dulang pembakar ak.a loyang.. heheh.. hias dengan ceri / manik urai / dll..ikut korang nak hias camne,,letak coklat chip pon boleh jugak..
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius. Bakar dalam anggaran masa 5 minit keatas.. Rajin tengok, dan pusing- pusingkan loyang pembakar tu..kang ade garing sebelah je.. Tujuan pusing loyang tu biar dia bakar sama rata.. Perghhh.. bau diaaaa..harum satu rumah..hihii
  6. Agak dah garing bahagian bawah kuih tu, keluarkan dan biar sejuk dulu baru masukkan dalam bekas ye..
Senang je kan? bahan pon mudah.. tak ada la banyak bahan sangat.. Dan rasanya tentu la sedap.. Lebih puas hati buat sendiri, satu adunan ni boleh dapat dalam 100 pcs lebih kurang la..

SELAMAT MENCUBA :)





AYAM GORENG KUNYIT