Ahad, 12 Jun 2016

RESEPI : IKAN BILIS GORENG BERSAMA BELIMBING

Assalamualaikum semua..
Kejap je kan dah masuk 8 hari berpuasa.. Ada satu petikan yang saya rasa amat menarik pada pandangan saya.. Saya baca kat blog Azie Kitchen .. benda yang elok, baik kita panjang-panjangkan.. hehe.. 

Sedikit petikan Kuliah Ustaz Johari Mat Som di surau Ad Dhuha.  Sudi kiranya membaca catatan saya ini. Jika kita diberi nikmat, hendaklah kita bersyukur. Manakala ketika diberi bala, hendaklah kita bersabar. Jika kita diberi ketaatan, rasakan ianya sebagai anugerah Allah. Kita tak mampu mentaati Allah tanpa bantuan Allah. Hanya engkau kami sembah. Hanya engkau kami minta pertolongan. Bukan engkau yang datang ke masjid tapi Allah yang datangkan engkau ke masjid. Bukan engkau yang bangun solat malam tapi Allah yang bangunkan engkau untuk bersolat malam. Supaya pandang diri sebagai hamba yang lemah. Yang berkuasa adalah Allah. Bukan engkau yang lakukan ketaatan tapi Allah yang memberikan ketaatan. Bukan berterima kasih pada manusia. Tapi berterima kasih pada Allah atas rezeki yang diterima. 


Tapi kan.. ade aje manusia yang merasakan diri dia je la yang Maha Hebat, sampai lupa yang bagi dia hebat tu sape..angkuh..lupe diri letteww..hehe.
Percayalah..berpeganglah pada Allah,nescaya dalam kita tak sedar ada satu kekuatan yang akan meresap dalam diri.. Tak ada salahnya kalau kita didik diri kita merendah diri,bukan rendah diri sampai menghina diri.. bukan.. Cuma letak dalam hati kita ni, kalau kita rasa kita hebat sangat, yang bagi kita hebat tu Allah.. Kalau kita ni cantik, yang bagi kita cantik ni Allah.. Kalau kita ni popular, yang bagi kita popular ni Allah.. Kalau rezeki kita mencurah-curah bagai air sungai mengalir, yang bagi rezeki tu Allah.. semua yang ada dalam diri kita ni Allah yang bagi.. 

Tengok muka mak abah, muka suami, muka anak.. renung wajah-wajah mereka tatkala mereka tidur... Allah... Terima Kasih Allah pinjamkan aku mak, abah, suami, anak yang aku sayang ni.. Hanya Kau yang tahu apa yang tersimpan dalam hati ni bila aku renung wajah-wajah kesayangan aku ni..
Pada sesiapa yang ada ibu bapa lagi buat baik la pada mereka.. awak-awak semua, jasa mak bapak sampai kita mati pon kita tak dapat balas tau.. Saya kalau bab mak bapak mesti saya sensitip abes..hihii..bab mak bapak orang pon saya leh nangis.. ada kawan baik saya, tahun ni tahun pertama dia berpuasa dan beraya tanpa mak.. Saya agak rapat dengan mak dia, mak dia ramah, riuh bercerita kalau kitorang datang rumah dia.. Dia anak manja, tapi saya bangga dengan dia, walaupun dia anak manja, dia dapat jaga arwah mak dia sampai akhir hayat mak dia, jaga macam baby tau.. Mujur dia dapat suami yang sangat-sangat memahami.. rezeki Allah bagi buat dia.. Moga Allah tempatkan arwah dikalangan kekasih-kekasihNya..aaminn

Lagi satu saya nak share tentang HEBAT ni.. ada sorang blogger yang pada mata orang mungkin dia biasa-biasa saje, tapi pada mata saya dia seorang yang HEBAT.. Hebat mengharungi cubaan yang Allah bagi pada dia.. Dia rendahkan diri dia menerima takdir Tuhan, bukan calang-calang dugaan yang Allah kasi, tapi dia yakin dengan PenciptaNya.. dia lalui setiap hari yang mendatang dengan sabar.. Dikelilingi orang-orang yang baik, suami yang baik, ibu, ayah dan adik beradik yang ambik berat pasal dia, kawan-kawan yang sayang dia..
Kalau uols nak tau kisah dia melalui saat-saat sukar dalam hidup dia uols boleh pegi blog dia eh.. Cikaro Cun kan Mek Cha??. Orangnya cantik tau..hihii..tapi awasssss..sudah berpunya hokey..

Uolsssss.. sebenarnya nak share resepi mudah, ringkas dan sedap ni hikhikhikk..
Senang je..main campak-campak dah siap.. tadaaaa


Bulan pose ni lauk-lauk ringkas camni la yang boleh bukak selera.. Siyes korang, kalau korang tak caya korang cuba la.. Makan dengan nasi panas-panas.. Perghhhh.. Nikmat mana yang hendak ku dustakan??hehe

Meh kita tengok apa resepinya...

Bahan-bahan :

  • Segenggam ikan bilis
  • Belimbing buluh
  • Sebuku bawang besar (belah dua kemudian hiris memanjang..alaaa macam bulan sabit nanti jadi bawang tu)
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 batang lada hijau, nak pedas campur lada cili
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
Cara-cara memasak :

  • Mula-mula panaskan minyak, bila minyak dah panas goreng ikan bilis hingga perang, jangan sampai hangus pulak. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan lada hijau hingga agak garing.Masukkan secubit garam dan serbuk perasa jika suka..garam tu jangan letak banyak, kan ikan bilis tu dah masin..
  • Kemudian masukkan belimbing buluh yang telah dibelah dua tadi, kalau besar belimbingnya belah la empat..hehe
  • Agak-agak belimbing dah betukar warna dan agak lembut, padamkan api..Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi..Kacau hingga sebati... Tadaaaaa.. dah siap pon..Hidangkan laa..
 Tak ade la susah mane kan..tu laaaa orang cakap tak nak pecaya yang resepi ni memang mudah, pastu memang sedap sangat-sangattttt.. ahahahahaha


Ishhh.. tak boleh tahan la, tengok gambo je air liur dah berkumpul dalam mulut..ekekeke.. Bawak-bawak besabo..adoiiilaa..Memang gini la, kalau bab tengok gambo makanan, mata yang ngantuk pon boleh jadi segar bugar kan.. hihii..






Selamat Mencuba :D

Oh ya, sebelum terlupa.. Pada sesiapa yang ingin merasa Sambal Ikan Bilis Cili Padi a.k.a Sambal Air Mata boleh whatsapp di talian 0127688616 ok.. rasa sekali pasti tak menyesal.. Pada yang dah rasa keenakkannya sila viralkan ye.. hikhikhikk :p















4 ulasan:

  1. salam awak.. huaa tacinggnyaa..sampai speechless nak type apa... :(
    terima kasih byk2 ye sudi menyelami berkongsi rasa dgn kita...
    terima kasih jg sbb pandai masak sambal yg sedap tuk kita beli..
    hihih..tqvm tawwww...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm mek cha yg cun melecun..
      pada saya awk mmg seorang yang hebat..moga Allah beri awak kesembuhan..
      sian awak..sorry tau sambal tu pedas..lainkali order bgtau tau nak pedas level tadika je..hikhikk

      Padam
  2. huaa nk tocing jugek..hahah
    tq masakkan sambal yg sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Zie..tq jugak kat Zie sbb sudi beli sambal dgn sy.. :D

      Padam

AYAM GORENG KUNYIT