Isnin, 26 September 2016

RESEPI: SAMBAL TUMIS UDANG & SAYUR KAILAN IKAN MASIN


Assalamualaikum semua..

Lama rasanya tak bersiaran kat blog ni. hihi. Kalau rumah, dah penuh dengan sawang agaknya kan. Almaklum dah dekat hujung-hujung tahun ni semua sibuk kejar KPI masing-masing. Dengan tugas seorang ibu dan isteri mithali lagi kan..kahkah :D

Nak membebel pun dah tak tau nak bebel apa. Kisah accident jangan cakap la, merata-rata rasanya. Allah.. Moga kita semua sentiasa dilindungi olehNya. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati memandu, tapi atas kecuaian orang lain kita jadi mangsa. Pada sekalian pemandu, hati-hati la memandu tu, jangan syok sendiri je memandu, tengok kiri kanan kalau nak tukar lorong, bagi signal jangan main masuk je.. Kena hon tau plak nak marah..hihi.. Pada pemandu motosikal jangan asyik nak menyelit je ye.. Kang orang tesondol nak marah.. Dah terbongkang kang sapa susah?

Ehhh. Dah la, malas nak membebel.. Jom kita layan resepi SAMBAL TUMIS UDANG & SAYUR KAILAN IKAN MASIN. Godek-godek henpon jumpa la pulak gambar ni, sayang pulak kalau tak share kan. hehe.. 


Ni pilih udang yang kulit putih nipis tu, sedap, masis je rasanya. Kalau korang nak pakai udang yang besar-besar tu pun tak ada salahnya. Pun sedap jugak.

Bahan-bahan :

  • Udang putih (kopek kulitnya, senang nak makan..hehe)
  • Bawang 2 buku besar *
  • Bawang putih 3 ulas *
  • 20 tangkai lada kering (rebus dulu kasi lembut) nak pedas, letak la banyak*  kalau guna cili dah siap blend tu dalam anggaran 3 senduk.
  • Seinci belacan *
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas tumis bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sambal tu garing dalm erti kata lain pecah minyak.
  3. Bila sambal tu dah pecah minyak, letak la air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti masam pulak.
  4. Bila agak dah mendidih sambal tu dan agak garing boleh la masukkan udang .
  5. Masukkan sekali garam dan serbuk perasa. Gaul sebati. Kalau nak lagi sedap masukkan sekali bawang hiris.
  6. Jangan masak udang terlalu lama, nanti isinya keras tak lembut.




Siap satu lauk dah.. Tak kan la satu lauk je kan.. Kena ada sayur jugak baru sedap. Fikir punya fikir nak masak sayur ape sedap ek.. Penyudahnya masak je la KAILAN IKAN MASIN.

 Tengok gambar sayur ni merembes kilang air liur dalam mulut ni. Haha :D
Jom kita tengok cara-cara nak masak sayur lak.

Bahan-bahan :

  • Sayur kailan
  • Ikan masin / ikan jeruk tenggiri (yang kalau goreng 3 buah rumah jiran boleh bau. Hahaha)
  • Bawang besar 1 buku saiz kecik. Kalau besar guna setengah je. Guna bawang holland pon boleh juga.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • 1 sudu sos ikan 
  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Cuci bersih sayur yang telah siap dipotong.. toskan letak tepi dulu.
  2. Potong bawang besar & bawang putih.
  3. Kalau suka atau terlebih rajin bolehlah goreng dulu ikan masin tu. ambil isinya saje, jangan dengan tulang-tulang dimasukkan. Ada tercekik nanti. Hihi
  4. Panaskan minyak, bila minyak dah cukup panas, masukkan bawang besar, bawang putih yang dah dihiris bersama ikan masin tadi.
  5. Agak-agak garing / layu bawang tadi tu, masukkan pula sayur kailan. 
  6. Masukkan 1 sudu sos ikan. Tak perlu masukkan garam, sos ikan dan ikan masin tu kan dah sedia masin. Jangan masak lama sangat sayur tu, layu sangat tak sedap nanti. Lembik je.



Tumis bawang besar + bawang putih+ ikan masin.

Masukkan pula sayur kailan.

Balik-balikka sayur tu.

Masukkan pula sos ikan anggaran dalam satu sudu. Ni saya renjis-renjis je. Agak-agak sayur dah layu sikit, tutup api angkat. jangan masak lama sangat, nanti sayur lecur tak sedap.



Cuba la masak resepi ringkas je ni. Yang penting sedap. hihi.

SELAMAT MENCUBA.. :)

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AYAM GORENG KUNYIT