Selasa, 27 September 2016

RESEPI : MUDAH & RINGKAS. UDANG GORENG , IKAN KEMBUNG GORENG & SAYUR PUCUK MERANTI GORENG


Haha.. Mati la semua menu goreng belaka. Ni kes semua nak cepat. Kadang-kadang balik kerja dah lambat, jalan jem lagi, ni je la yang dapat disediakan. Udang tu kan, kita dapat beli yang baru naik dari laut. Perghhh rasa dia, jauh beza dengan udang yang beli kat pasar tu. Manis, lembut.. Ishhh :p

Bahan-bahan nak goreng ikan & udang tu senang je.. Kalau nak lagi senang gaul je dengan serbuk kunyit & garam. tu paling mudah. haha. Tapi kalau nak special sikit rasa dia, tak nak la ringkas sangat kan walau hakikatnya goreng jeee..hihii. Kita tumbuk kunyit hidup, bawang putih dalam 3 ulas, halia sikit, garam sikit. Tumbuk sesungguh hati sampai lumat. Pastu gaul pada ikan & udang tadi. Terpulang nak goreng ikan atau udang dulu. Masa goreng tu, hurmmm bau dia semerbak wangi kemain lagi.

Sayur tu pon senang je. Hiris bawang, bawang putih. Letak sikit ikan bilis, pastu tumis. Agak garing/layu bawang tu masukkan sayur meranti, sedikit garam & serbuk perasa kalau suka. Kalau nak ada kuah, boleh tambah sikit air. Jangan bubuh banyak sangat, nanti jadi sup sayur. Hehe.


Pada yang tak kenal bagaimana rupa sayur pucuk meranti, ni la rupa pucuk meranti. Rasanya ade sedikit pahit-pahit, tapi sedap. Selain dari digoreng, pucuk meranti ni sedap kalau masak lemak dicampur sama labu. Resepi yang tu lain kali kita share ok. Gambar diambil dari En Google.


Tadaaaa..siap dah. Senang kan?Kalau yang goreng-goreng ni pun cakap susah.. Tu bukan susah tapi MALAS.. Hahaha :D
Makan dengan nasi panas. Sedap !! :p

SELAMAT MENCUBA.. :)


Isnin, 26 September 2016

RESEPI : SUP SAYUR PETOLA BERSAMA TELUR


Assalamualaikum & Selamat tengahari semua.
Hari ni niat nak kongsi resepi mudah, sesuai untuk orang yang tak berapa nak sihat, sakit tekak, demam, tak berapa nak selera nak makan kan. Agak sesuai bila buat sup sayur ni. Hirup hangat-hangat rasa kat tekak. Masak sayur ni dah lama cuma tak berkesempatan je nak kongsi resepinya di sini.


Pada yang tak kenal rupa petola, ni la rupanya sayur PETOLA. hihi. Gambar ambil di Google. Ingat arwah nenek dulu, selalu masak sup petola. Ada juga yang panggil petola tumis air. Buat pula sambal belacan, memang lawan dia la. Bertambah-tambah makan nasi, dapat pula nasi panas. Memang menjadi. Haha :D
Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 2 biji petola
  • 1 biji bawang besar saiz kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
  • seikat kecil suhun (betul ke eja camtu?ke su'un? haha)cuci bersih dan rendam dalam air.
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (optional)
  • 3/4 biji telur
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Anggaran 4 cawan air (kalau nak banyak kuah tambah lagi airnya)


Cara-cara :

  1. Cuci bersih sayur yang telah siap dipotong, rendam dalam air dan ketepikan. Tujuan rendam dalam air ni biar petola ni jangan lebam. Kalau kita tos kering, nanti dia lebam. tak cantik pula rupa dia nanti.

Rupa setelah siap dipotong & direndam dalam air.

    2. Hiris bawang besar dan bawang putih.




   3. Panaskan sedikit minyak anggaran 2 sudu untuk menumis. Agak minyak dah panas, masukkan  bawang, bawang putih & ikan bilis.

   4. Agak layu dan garing bahan-bahan yang ditumis tu, masukkan pula 4 cawan air. Biarkan sampai  mendidih.

   5. Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur petola, biarkan agak layu / lembut baru pecahkan telur.  Kalau tak nak telur tu hancur masa masukkan dalam periuk, pecahkan dulu telur dalam piring,    kemudian tuang dalam senduk barulah dimasukkan dalam kuah tadi. Baru cantik kejadiannya. 

   6. Kemudian masukkan pula suhun yang telah direndam tadi. Masukkan sekali sedikit garam dan  serbuk perasa jika suka. Rasa, agak sesuai rasa garam tadi, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Sesuai juga dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan. Orang tak sakit pun selera jadinya. Hehe..


SELAMAT MENCUBA .. :)



          


RESEPI: SAMBAL TUMIS UDANG & SAYUR KAILAN IKAN MASIN


Assalamualaikum semua..

Lama rasanya tak bersiaran kat blog ni. hihi. Kalau rumah, dah penuh dengan sawang agaknya kan. Almaklum dah dekat hujung-hujung tahun ni semua sibuk kejar KPI masing-masing. Dengan tugas seorang ibu dan isteri mithali lagi kan..kahkah :D

Nak membebel pun dah tak tau nak bebel apa. Kisah accident jangan cakap la, merata-rata rasanya. Allah.. Moga kita semua sentiasa dilindungi olehNya. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati memandu, tapi atas kecuaian orang lain kita jadi mangsa. Pada sekalian pemandu, hati-hati la memandu tu, jangan syok sendiri je memandu, tengok kiri kanan kalau nak tukar lorong, bagi signal jangan main masuk je.. Kena hon tau plak nak marah..hihi.. Pada pemandu motosikal jangan asyik nak menyelit je ye.. Kang orang tesondol nak marah.. Dah terbongkang kang sapa susah?

Ehhh. Dah la, malas nak membebel.. Jom kita layan resepi SAMBAL TUMIS UDANG & SAYUR KAILAN IKAN MASIN. Godek-godek henpon jumpa la pulak gambar ni, sayang pulak kalau tak share kan. hehe.. 


Ni pilih udang yang kulit putih nipis tu, sedap, masis je rasanya. Kalau korang nak pakai udang yang besar-besar tu pun tak ada salahnya. Pun sedap jugak.

Bahan-bahan :

  • Udang putih (kopek kulitnya, senang nak makan..hehe)
  • Bawang 2 buku besar *
  • Bawang putih 3 ulas *
  • 20 tangkai lada kering (rebus dulu kasi lembut) nak pedas, letak la banyak*  kalau guna cili dah siap blend tu dalam anggaran 3 senduk.
  • Seinci belacan *
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas tumis bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sambal tu garing dalm erti kata lain pecah minyak.
  3. Bila sambal tu dah pecah minyak, letak la air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti masam pulak.
  4. Bila agak dah mendidih sambal tu dan agak garing boleh la masukkan udang .
  5. Masukkan sekali garam dan serbuk perasa. Gaul sebati. Kalau nak lagi sedap masukkan sekali bawang hiris.
  6. Jangan masak udang terlalu lama, nanti isinya keras tak lembut.




Siap satu lauk dah.. Tak kan la satu lauk je kan.. Kena ada sayur jugak baru sedap. Fikir punya fikir nak masak sayur ape sedap ek.. Penyudahnya masak je la KAILAN IKAN MASIN.

 Tengok gambar sayur ni merembes kilang air liur dalam mulut ni. Haha :D
Jom kita tengok cara-cara nak masak sayur lak.

Bahan-bahan :

  • Sayur kailan
  • Ikan masin / ikan jeruk tenggiri (yang kalau goreng 3 buah rumah jiran boleh bau. Hahaha)
  • Bawang besar 1 buku saiz kecik. Kalau besar guna setengah je. Guna bawang holland pon boleh juga.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • 1 sudu sos ikan 
  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Cuci bersih sayur yang telah siap dipotong.. toskan letak tepi dulu.
  2. Potong bawang besar & bawang putih.
  3. Kalau suka atau terlebih rajin bolehlah goreng dulu ikan masin tu. ambil isinya saje, jangan dengan tulang-tulang dimasukkan. Ada tercekik nanti. Hihi
  4. Panaskan minyak, bila minyak dah cukup panas, masukkan bawang besar, bawang putih yang dah dihiris bersama ikan masin tadi.
  5. Agak-agak garing / layu bawang tadi tu, masukkan pula sayur kailan. 
  6. Masukkan 1 sudu sos ikan. Tak perlu masukkan garam, sos ikan dan ikan masin tu kan dah sedia masin. Jangan masak lama sangat sayur tu, layu sangat tak sedap nanti. Lembik je.



Tumis bawang besar + bawang putih+ ikan masin.

Masukkan pula sayur kailan.

Balik-balikka sayur tu.

Masukkan pula sos ikan anggaran dalam satu sudu. Ni saya renjis-renjis je. Agak-agak sayur dah layu sikit, tutup api angkat. jangan masak lama sangat, nanti sayur lecur tak sedap.



Cuba la masak resepi ringkas je ni. Yang penting sedap. hihi.

SELAMAT MENCUBA.. :)

















AYAM GORENG KUNYIT