Rabu, 14 Disember 2016

KARI KAMBING 40 HARI & MEE BESEN ORI MELAKA


Assalamualaikum..
Terliur ke tidak tengok gambar di atas? Hahaha :D
Pada peminat nasi beriani atau nasi arab memang pasti akan terliur la kan kan.. Tengok daging kambing dia kussssmangat memang banyak. Memang puas la makan. Siap lepas makan tersandar kekenyangan. Hihihii


Ni la restorannya. Restoran kari kambing 40 hari. Tak dapat dipastikan kenapa nama kari kambing 40 hari tu. Adakah masak kambing berusia 40 hari? Adakah masak kambing selama 40 hari? Adakah kambing tu selepas disembelih disimpan selama 40 hari baru dimasak? Atau kedai dibuka selama 40 hari baru ada cuti? Haha.. Tu la antara jawapan persoalan diatas. Dah lama perasan kalau lalu highway kat Ayer Hitam. Kebetulan bulan lepas ada pergi Melaka, suami ajak makan kat sini. Uisshhhh kegembiraan melanda diri..Orang memang tak putus-putus. Dah macam pergi kenduri kahwin.

Makan kat sini ada diberi pilihan samaada nak makan dalam dulang ataupun makan dalam pinggan. Kita pilih makan dalam pinggan. Portion dalam pinggan tu memang banyak. Tak terhabis la. Sepinggan tu boleh makan berdua. Kalau nak tambah nasi kosong je kena tambah dalam Rm2 je kalau tak silap. Sepinggan nasi arab bersama lauk kari kambing/ayam lebih kurang Rm12-13 .Lupa la. 1 jug air sirap dalam Rm5. Kalau ambil dulang Rm45 sedulang.


Banyak kan lauknya.. Memang berbaloi-baloi. hehe.. Selesai makan bertolak la kami ke Melaka....


Ni pulak makan malam di Mee Besen Ori kat Durian Daun, Melaka yang femes tu.. Yang kita makan tu namanya Talam Western. Harganya Rm 35. 


Lupa nak ambik gambar menu. Gambar diambil dari blog Fiedan .


Kita ambil air Ribena Soda Laici. Sedap sangat rasanya. Kembung air lepas tu. Haha. Mak dengan suami kita pilih makan mee besen. Suami ambil mee kuning, mak pulak ambil mee soya. Mee soya tu sedap tau.



Gambar diambil dari En Google.. Ni la rupa mee soya tu. Rasa sup tu macam biasa je la, tak ada luar biasa pun.. Hehee.. Cuma harganya murah tapi portionnya banyak. Kalau nak pergi sini, pergi la awal-awal. Kata la nak makan malam kan, lepas maghrib je terus pergi la. Ni yang pergi lepas maghrib pon beratur kusssemangat panjang. Memang nasib sangat menyebelahi la. Dorang yang makan tu tak ambik masa lama. Jadi beratur ada la dalam 10-15 minit. Nasib disediakan kerusi masa beratur tu. Kalau bawa orang tua fikir la dua tiga kali. Kesian kot kalau dorang kena tunggu lama. Baik bawak makan tempat lain. Banyak kot tempat makan yang best kat Melaka ni.












2 ulasan:

  1. pttla beberapa hari senyap blog nih, tuan nya pg jalan2...

    aku kan asal balik kg msti lalu kedai 40hr tuh, geram je rasa nk singgah tp dok la kene pusing jauh... ramai dh kata sedap, murah lak tuh...

    mee besen mkn dlm dulang lak, ko nih tau, bt lapo aku je

    BalasPadam
  2. Baru lepas makan kat mi besen. Sup mi besen failed, tak sedap. Maaf la..ini komen ikhlas. Tak berbaloi beratur panjang.

    BalasPadam

AYAM GORENG KUNYIT