Assalamualaikum pengunjung semua..
Lama rasanya tak bersiaran..hehe . Dalam cuaca sejuk camni perut dok berbunyi je minta diisi. Asyik fikir makan je, ada je lintasan yang lalu dalam kepala.
Tadi belek-belek folder dalam phone,ternampak pulak gambo ubi goreng ni. Meleleh air liur tengok 😋😋😋 Ni guna resepi paling senang. Tumbuk-tumbuk, campak goreng je. Meh Jom kita tengok resepi UBI GORENG BEREMPAH ni.
Bahan-bahan :
- Ubi dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Cuci bersih dan toskan sehingga kering air.
- 5 ulas bawang putih *
- 2 ulas bawang merah kecil *
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk perasa (optional)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
- Tumbuk bawang putih dan bawang merah, tumbuk kasar je, tak payah halus sangat.
- Gaul dengan ubi yang telah dicuci bersih tadi.
- Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa jika suka, tak suka tak payah letak. Hehe
- Gaul sehingga sebati, biarkan seketika dlm 15 minit agar rasa rempah meresap dalam ubi. Kalau dah tak sabar tu boleh je terus goreng. Pon sedap jugak rasa dia.
- Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas, masukkan ubi tersebut.
- Guna api sederhana besar, dikhuatiri rentung pulak ubi tersebut kalau guna api besar 😆😆
- Agak-agak ubi dah kekuningan seperti dalam gambar, boleh la diangkat dan sedia untuk dihidang bersama kopi O panas... perghhhhhhh
** Boleh juga kalau nak tambah ketumbar dan jintan.Tumbuk bersama bawang tadi, lagi sedap rasanya.
SELAMAT MENCUBA 😉😉
memang sedap
BalasPadamkan..pekena plak dgn kopi O
Padamsedap, memang goreng ubi camni baru layan
BalasPadamyang simple tu la yang selalu sedap..heheh
Padamwaalaikumussalam. ya Allah, ni kalau sekali hadap. kejap ja boleh habis ^_^
BalasPadamiye Umi.. memang sekali hadap je ni..hihii
BalasPadambaru semalam buat. tiba2 teringin huhuhu
BalasPadam