Selasa, 31 Mei 2016

SAMBAL IKAN BILIS CILI API A.K.A SAMBAL AIR MATA INSPIRASI DARI SURAYA SULATIN


Assalamualaikum semua..

Bagaimana keadaan hari ni? dah beberapa hari ni selera makan macam kurang..agaknya cuaca tak menentu kot ke tekak yang tak berapa sedap..
Makan apa pun mcm tak sedap je rasa.. hilang sekejap nikmat makan..huhuu

Hari-hari dok fikir balik keje nak masak apa? kadang-kadang masak macam-macam selera tetap gitu jugak.. bukak-bukak peti ais tengok apa ada untuk dimasak/dimakan.. sekali terpandang la sambal air mata lebihan order semalam.. masuk dalam kuali campur nasi, tadaaaaaaaaa dah jadi nasi goreng petai..
nyumm nyummm nyummmmm... terus ada selera..hihii :D



SAMBAL IKAN BILIS CILI PADI PETAI
Perghhhhh..... nengok gambo ni pon dah terasa rembesan air liur bertakung dalm mulut..kikiki..adoiilaaa
Sambal ni inspirasi dari blogger terkenal lagi tersohor.. tak lain tak bukan..jeng jeng jeng.... SURAYA SULATIN a.k.a SITI NURHALIZA .. mula-mula dulu asyik tengok dia post gambo SAMBAL AIR MATA yang membuat kilang air liur berfungsi dengan pantasnya..haha..mula mencuba untuk makan sendiri.. tak sangka sambal yang super duper sedap ni boleh menambah pendapatan saya..walau tak seberapa..order dari kawan-kawan opis semua cakap sedap dan meletopsss..harus laa kan ape saja dari NAILY'S KITCHEN PASTI MELETOPSSSS..mati la nak puji diri sendiri..hihiii
Alhamdulillah...segalanya dari Yang Maha Kuasa..tanpa izinNya tiada satu pun yang akan terjadi..






Adakala kita memang tak ada selera, kadang-kadang tak sempat nak masak..contoh macam student-student..ada masa poket bukan sentiasa tebal..kita yang bekerja pon sama.. dengan sambal yang mudah dan tahan lama ni la yang buat poket kita bertahan sikit..hihii..iye wakkk kita tak tipuuuu...

Dengan sambal ni macam-macam menu kita boleh buat.. contoh...


  • Nasi Goreng
  • Kangkung Goreng
  • Nasi putih lawan dengan sambal je pon dan mata putih je tinggal...kikiii
  • Letak petai dah jadi sambal petai
Tu antara contoh-contohnya la...kite pecaya awak-awak kat luar tu lagi kreatif nak buat pelbagai dari sambal ni...kalau sambal tumis pulak..cicah lempeng sedap, makan dengan ubi rebus pon sedap, tengah-tengah malam terjaga lapo tak boleh tido..ambik sambal cicah dengan roti..gitu kekdah mudahnye..hehe




Jangan susah-susah awak-awak semua..kita ada cara nak memudahkan awak-awak kat luar tu..apa kata awak-awak semua yang nak merasa keenakkan SAMBAL AIR MATA ni boleh order 

HUBUNGI / WHATSAPP DI NO : 

012-768 8616









Terima Kasih Tuhan... Moga dengan usahaku membuahkan hasil yang halal lagi diberkati.. tanpa izin dariMu, tanpa ihsan dariMu aku tiada apa-apa Ya Allah.. aku hambaMu yang mengharap rahmat dariMu Tuhan semesta alam...

Isnin, 30 Mei 2016

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA JERUK SAWI


Asam pedas sinonim dengan masyarakat Johor.. macam-macam versi asam pedas pon ada..tinggal pilih nak menggayakan cmne dan ikut kesesuaian..

Kali ni saya pilih masak Asam Pedas Ikan Mayong.. Ada juga yang panggil ikan mayong ni Ikan Jahan..Asal usul mungkin dari ikan jerung agaknye..kihkihhh..rasa ikan ni lemak, lembut je..kalau digoreng dan dibuat sambal tumis pun sedap tau..

Dalam asam pedas kita boleh letak terung, bendi, tomato ataupun jeruk sawi.. korang penah mkn jeruk sawi?serioussssss sedap wehhhh..hihiii..daun kesum jugak memainkan peranan penting tau.. dapat mengharumkan lagi asam pedas dan sekaligus dapat menghilangkan hanyir ikan..

: ni laa rupa sawi jeruk :



: Ikan Jahan atau Ikan Mayong...sama je ikannya.. :

Panjang lebar pulak menceceh..hihi.. Jom ape kata kita intai-intai RESEPI ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA JERUK SAWI.

Bahan-bahannya :

  • 4 buku bawang besar (saiz sedang)
  • 4 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 4 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan yang disukai..nak pedas letak lebih)
  • 2 sudu pes asam jawa (dicampur dengan air, nak masam tambah pes asam jawa)
  • garam
  • serbuk perasa (optional)
  • minyak masak
  • daun kesum
  • jeruk sawi
  • ikan mayong


Bahan kisar halus :
  • 4 buku bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • halia
  • kunyit
  • belacan



Cara-cara :

  1. Cuci ikan yang telah dipotong nipis..cuci ikan menggunakan limau kasturi.. Kalau limau kasturi tak ada boleh juga rendam dengan air asam jawa dicampur dengan garam. Tujuan cuci ikan menggunakan limau kasturi atau air asam jawa ni untuk menghilangkan rasa hanyir ikan. Setelah cuci toskan airnya.
  2. Panaskan minyak diperiuk.. pastikan minyak betul-betul panas..Tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus dan lada kisar.
  3. Setelah agak garing bahan-bahan yang ditumis atau dalam erti kata lain setelah  pecah minyak, masukkan air asam jawa.. Masukkan sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang disukai..
  4. Selepas itu masukkan ikan mayong, biarkan mendidih
  5. Agak-agak dah mendidih masukkan daun kesum dan sawi jeruk.. Jangan lupa letam garam dan serbuk perasa... Sesuaikan rasa, agak-agak ikan dah betul-betul masak padamkan api dan sedia untuk dihidang...





Makan nasi panas dengan asam pedas.. Letak sikit kicap manis JALEN / KIPAS UDANG.. Ulam dengan timun cina cicah sambal belacan..... Perghhhhhhh.. Nikmat mana yang hendak didustakan.. hihii


SELAMAT MENCUBA :)



Rabu, 18 Mei 2016

RESEPI : DAGING GORENG KUNYIT

Assalamualaikum semua..

Harap harap semua berkeadaan baik belaka..yang mana tak sihat cepat cepat jumpa doktor..jangan biar melarat, baru nak jumpa doktor..makan ubat jangan culas..hehe..membebel plak kan..apa salah ingat mengingati kan kan.. ;-)

Ni dah nak dekat dekat bulan puasa kan, mesti ramai yang cari resepi resepi yang mudah dimasak, ringkas dan yang paling penting sedapppp..haha..yelaa nak nak ibu ibu, isteri isteri yang bekerja..mesti nak sesuatu yang mudah dan ringkas..badan dah seharian penat bekerja, kita masak yang ringkas camni pon dah ok kot..

Hari ni kita nak share satu resepi yang agak mudah..RESEPI DAGING GORENG KUNYIT..
Sangat sangat mudah kot..kalau nak cepat masak pilih daging yang cepat empuk, contohnya daging batang pinang.. Jom kita intai apa resepinya..



Bahan-bahan :


  • Daging
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sedikit halia
  • Kunyit
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Garam
  • Asam keping
  • Serbuk perasa (optional)


Cara-cara :


  • Mula mula tumbuk bawang putih,halia & kunyit..gaul bahan yang ditumbuk dengan daging.
  • Panaskan minyak, bila minyak dah panas..goreng daging seketika lepas tu masukkan air hingga tenggelam daging.
  • Biarkan daging hingga kering airnya...Bila air dah kering..masukkan asam keping,garam,bawang besar,bawang putih yang dah dihiris,cili merah,cili hijau dan sedikit serbuk perasa..
  • Sesuaikan dengan rasa, kacau hingga agak garing dan angkat..Siap untuk dihidang..tadaaa



Kalau nak versi yang lagi mudah..potong potong semua bahan,bawang besar,bawang putih,halia semua tu,tumis agak agak perang masukkan daging,kacau seketika..masukkan air hingga tenggelam daging.. masukkan garam,asam keping.. biar hingga daging empuk dan kering air...lepas tu masukkan cili merah dan hijau..tunggu hingga garing dan sedia untuk dihidang...mudah kan..kita yang buat dia..camne gaya pun tetap jadi la..hehe..
Selamat mencuba... ;-)



Selasa, 17 Mei 2016

RESEPI : ASAM REBUS IKAN GELAMA BERSAMA NANAS

Assalamualaikum semua..

Dah lama rasanya tak makan asam rebus ni, asam rebus ikan gelama letak sama dengan nanas..kalau arwah atok nenek kita memang suka lauk lauk ringkas camni.. Orang dulu dulu kalau masak main campak campak je, tak de pun nak sukat sukat.. campak campak camtu la rasanya yang sedap..hihii



Jom kita tengok apa resepi Asam Rebus Ikan Gelama Bersama Nanas.

Bahan-bahan :


  • Ikan Gelama
  • Lada Merah
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Sedikit Halia
  • Sedikit Kunyit
  • Sedikit Belacan (optional)
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  • Sedikit Gula
  • Serbuk Perasa (optional)


Ni Laa Ikan Gelama



Simple je bahan bahannya kan.. memasak ni sebenarnya mudah kalau ada minat..lagi satu kenal bahan bahan..kalau tak kenal bahan payah la sikit..hihi
Selalunya yang tak kenal bahan ni orang lelaki,kebanyakkannya la..tapiiii kan tak boleh cakap jugak..orang pompuan sekarang pon ramai yang tak kenal barang barang asas memasak..kalau dah bawang pon tak kenal..kronik la tu..haha

Berbalik pada resepi kita, bahan bahan kat atas tu lada merah,bawang, bawang putih, halia, kunyit dan sedikit belacan kita blend aje...terrrrrrr...siap..hehe..

Pada yang tak suka belacan tu tak payah la letak..terpulang pada kita. Masukkan dalam periuk, perahkan air asam jawa, didihkan.. air asam jawa tu biar masam sikit baru umphh..
Jangan tumis pulak..kalau tumis dah jadi asam pedas bukannya asam rebus kan..

Masukkan ikan dan nanas..jangan lupa letak garam,sedikit gula dan serbuk perasa..
Biarkan mendidih, menggelegak agak agak nanas tu dah lembut baru dimatikan apinya.




Sedia untuk dimakan...tadaaaaa..
Makan nasi panas panas..perghhh
Nikmat mana yang hendak ku dustakan..syukur alhamdulillah masih diberi nikmat makan..





AYAM GORENG KUNYIT